Thursday, May 7, 2009

Selamat hari Ibu


terimakasih kerana menjadi ibu yang baik untuk anak-anakku...

terima kasih kerana melahir dan membesarkan anak-anak mak kedunia ini....

"Most of all the other beautiful things in life come by twos and threes, by dozens and hundreds. Plenty of roses, stars, sunsets, rainbows, brothers and sisters, aunts and cousins, comrades and friends - but only one mother in the whole world"

Buat mereka yang bergelar ibu kuucapkan "Selamat hari Ibu". Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Setiap tahap pertumbuhan dan pembesaran yang dilalui oleh seseorang anak itu turut juga dilalui oleh si ibu, pahit, manis, luka lara dan riang tawa. Ingatkah kita kali terakhir kita menanyakan khabar berita dari ibu, bilakah kali terakhir kita mencium, memeluk mesra dan meminta maaf dari ibu? Untuk insan lain, kita rela berkorban masa dan harta demi menjaga hati dan perasaan mereka. Tapi untuk ibu kita yang mengorbankan seluruh hidupnya untuk melihat kita selamat dunia dan akhirat, apa yang kita lakukan untuk membahagia dan menggembirakan hati si ibu ini.....sesungguhnya mereka tidak memerlukan wang ringgit atau harta benda, cukuplah sekadar bertanya khabar dan sesekali menjengukkan muka agar hilanglah rindunya.

Koreksilah dirimu anak-anak.“Di saat kau lena, dia berjaga...kau bersenang, dia bekerja...untukmu tiada terbatas...memberi, tidak mahu dibalas...ingin dibinanya untukmu kehidupan yang sempurna...punyai kekuatan jiwa...punyai maruah...leterannya dari rasa luhur...menegur sebelum terlanjur...itulah yang diwarisi...pesan ibu terpahat di hati...beringat-ingatlah...berpesan-pesan untuk kebaikan...marah bukan kebencian...tapi, tanda sayang...engkau semakin dewasa...berjiwa merdeka...Sedang dia semakin tua...membilang usia...di saat kau berjaya...dia tiada berdaya...semoga kau tak lupa...jasa bonda.

Sidang DUN Perak



Hari ini terciptanya sejarah di Dewan Undangan Negeri Perak, negeriku. Aksi tolak-menolak, berbalas-tumbuk, maki-hamun yang hanya dulu dapat dilihat di Taiwan kini berlaku di bumi bertuah ini. Apakah yang tidak kena dengan bangsa Malaysia ini?. Mengapakah kegilaan pada kuasa menghakis terus nilai manusiawi? Mengapakah cara Machiavelli dimana matlamat menghalalkan cara kini menjadi ikutan?. Apakah sudah hilangnya nilai-nilai murni ketimuran yang menjadi kebanggaan?. Sesungguhnya pada hari ini, aku melihat masa depan yang suram untuk generasi pewaris masa depan. Belum sempat ranum, nampaknya bunga bangsa akan gugur bertaburan. Masih adakah kedamaian dan ketenangan seperti yang digambarkan dalam lagu dibawah ini?. Moga sejahteralah negeriku....

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri
Bukit Larut
Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang
Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan
Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak… Perak… oh negeriku.

Sunday, May 3, 2009

Rumah Nenek Fauzi Pelakon tu



Gambar nie bini aku yang suruh masukkan sebab dia kata nak tunjukkan kat kawan dia nama Neng. Gambar ni adalah rumah nenek Fauzi pelakon tu....ntah aku pun tak tau Fauzi mana. Rumah nie dekat ngan rumah mak aku kat kampung. Kata bini aku Fauzi ni yang kawin ngan artis jugak tu dan dia pandai silat-silat. Naper yangggg oi....abang tak pandai silat ker?.

Satay Hut...


Padi kat jalan short-cut ke Tanjung Karang




Hari ahad (3.4.09) on the way balik dari kampung ke rumah DPP singgah kejap kat Restoran Satay Hut kat Pekan Tanjung Karang ni. Semua lapar sebab jalan jem dan ikut jalan short cut bendang. Secucuk harganya RM1.10, saiznya 2 kali ganda saiz satay Kajang tapi lebih sedap sebab ayamnya lembut dan kuahnya umpphhhhhh. Angah dan Along asyik bertengkar sebab Along kata satay "hat".....Angah kata bukan "hat" tapi "hut"....katanya "Along tak tahu baca ker....h-u-t itu sebutannya "hut" bukan "hat"....". Maka berlarutanlah tentang sebutan sebenar sampai habis makan dan masuk dalam kereta. Cami pulak kata "bukan la....satay hit la"......takperlah anak-anak oi...ayah dulu pun darjah 3 baru boleh baca.

Perbualan sepupu



Cami: Pokok mangga ni ayah aku yang tanam masa dia kecik dulu....

Yan : Yer ker ni...cam tak logik jer

Cami: Betulllll....aku sendiri tengok masa ayah aku tanam tu!!!

Yan (dalam hati): Isk....mamat ni sure tumbuh gigi atas dulu ni, camner la aku boleh terperangkap kat sini, boring nyer....nak blah kang kena belasah pulak...
"aku ngantuk la....nak pi tido dulu, semalam tak leh tido banyak lalat hurung muka...aku pergi dulu yer..."

Cami: Nanti ko datang balik tau.....aku nak citer camner dulu ayah aku kata ada sekali tu kapal terbang tersangkut kat pokok mangga ni sebab tinggi sangat....datang tau!!

Yang: Tengok la nanti....(hehehehehe...selamat aku)