semoga kekallah kenangan-kenanganku buat selamanya, seumpama mutiara peristiwa yang teruntai..
Thursday, October 29, 2009
Gambar-gambar sekitar Glasgow....
The Scottish Exhibition & Conference Centre sebelah River Clyde di Glasgow
Dunno building...
kalau teringin makan ayam goreng halal sini la tempatnya....
Glasgow Clock Tower dekat City Centre
Malam di Glasgow kami menginap di City Inn Hotel, sebelah River Clyde. Jam 8.00pm bawak semua keluar berjalan kaki; pertamanya nak tengok Glasgow City waktu malam dan keduanya nak cari Public Enquiry Office (PEO) yang nak pergi pagi esok. Ingatkan dekat, rupanya dekat 2km gak la baru jumpa. Dalam perjalanan balik Hotel tetiba jer bini aku kata, ".....kat UK ni tak pernah lagi tengok anjing liar kan!!!". Tak sampai 5 minit lepas dia cakap tu, tetiba jer muncul anjing hitam punya la besar nak terkam kami. Habis semua terkejut dan lari kat aku, dua kali anjing tu nak terkam. Berkat ajaran Tok Kajin, aku pun hembus la apa yang patut......pada masa yang sama tuan dia panggil. Lepas tu berkatalah Along; ".....tu la mama kata sangat tak pernah nampak anjing, nasib baik dia tak gigit....". Riuh rendah la jugak kami dengan peristiwa tu.
Esoknya, pagi-pagi dah check-out dan terus ke PEO. Lembab nak mampus mat saleh ni kerja, jam 1pm baru siap. Dah la tu, periksa badan,scan beg dll macam la aku bawak bom nuklear. Kat dalam ambik pulak 10 jari utk cap jari. Camner pun, alhamdulilah semua selesai dan visa kami dilanjutkan hingga 31 Januari 2014. Lama tu beb, cam nak suruh aku extend jer....hehehhehe. Habis tu, pegi jalan-jalan sekitar Glasgow City tapi tak boleh nak turun sebab hujan sepanjang hari. Anak-anak semua lapar. Di Glasgow ni ada dua jer tempat fast food yang halal. Satu Chicken Cottage dan satu lagi KFC. Kat Chicken Cottage ni pemiliknya dari Pakistan tengok dari rupanya. Cari KFC tak jumpa, kami makan ayam goreng kat Chicken Cottage jer. Anak-anak aku punya la bedal macam dah dua tahun duduk UK, si Cami makan sampai tiga ketul, terkejut aku. Glasgow ni tak secantik Edinburgh, sesak ngan kereta lak tu. On the way balik Durham, aku tengok jem dekat 6 km. Jam 6.00pm bertolak balik ke Durham ikut Motorway dan sampai dekat jam 9 malam, adventure gak bawak malam-malam ni....jenuh bini aku dok picit tulang roti bagi tak mengantuk. Isk....nasib baik mak aku bagi kawin dulu, kalau tak sapa la nak picit tulang roti aku ni.
Masa aku menulis ni, 30 October 2009. 25 October 2009 baru ni, dah counter clockwise satu jam, maknanya beza dengan Malaysia dah jadi 8 jam. Sekarang 4.30pm dah gelap. Zohor jam 11.50 pagi, Asar jam 2.05pm dan maghrib jam 4.30pm. Malam dah jadi panjang, siang kejap jer. Jam 3pm, anak-anak balik sekolah dah pun nak gelap. Pokok banyak yang dah tinggal ranting jer, yang masih berdaun pun banyak yang dah kuning dan merah. Suhu masih belum sejuk sangat lagi, matahari masih ada. Hujan makin kerap dan jenis hujan kat sini ....hujang merengek. Banyak keluarga Melayu kat Bowburn yang deman, alhamdulilah kami masih sihat semuanya. Malam ni jugak dah dua kali group anak-anak mat saleh ketuk pintu sempena sambutan Holloween, riuh rendah anak-anak aku takut sebab diaorang pakai topeng hantu......aku pun bagi la biskut ngan gula-gula. Isk....Tempat camni pun ada hantu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
HEHEHE.......... PAK AMIR GHABAT POKOK EPON....NI MESTI DOK TERINGAT POKOK PELAM DPN UMAH MAK DIA...
NAMPAK CERIA SEMUA.... SEMOGA SIHAT SELALU DIRANTAU ORANG...
Takper la, janji boleh rabat pokok epal......hang dah cukup duit ka nak mai main snow kat sini
Kak Zah
xbrapa ada duit lg.........tggu la
oh seronoknye halloween aaa ade labu2 antooo
Post a Comment