semoga kekallah kenangan-kenanganku buat selamanya, seumpama mutiara peristiwa yang teruntai..
Thursday, October 22, 2009
Ke Scotland (Edinburgh dan Glasgow)
Sempadan England dengan Scotland....sejuk betul angin kat sini
Edinburgh - Capital City of Scotland
Edinburgh Castle kat tengah pekan
Si Cami terantuk kaki tentera berkuda tu, sampai hari ni dia dok kata orang tu hidup dan tendang kepala dia....
Kat Royal Mile Street....kawasan paling cantik kat Edinburgh
Hebat sungguh cara Scottish ni jaga khazanah mereka....
Imej Scotland...
Scottish Magic....
Patung Bapa Kapitalis - Adam Smith (the invisible hand)
Mat Saleh pandang jer kami dok makan.....hehehehe peduli apa aku
Kat rumah Amy anaknya Pakcik Rahman di Edinburgh
Bersempena nak ke Glasgow sebab temujanji visa di UK Public Enquiry Office, Glasgow pada isnin (19 October 2009) maka hari ahad (18 Oktober 2009) jam 10.00 pagi kami sekeluarga bertolak dengan kereta tua aku ke Edinburgh, Scotland terlebih dahulu. Lebih kurang 3 jam perjalanan (200 km lebih). Macam-macam menu bini aku buat, sambal udang, ikan masin, masak kicap ayam dan lain-lain. Bila lapar, kami cari tempat parking dan makan dalam kereta jer. Siap bawak rice cooker lagi. Sepanjang perjalanan sebelah kanan sekali sekala nampak laut biru, pelik sebab air lautnya biru sungguh dan sebelah kiri bukit-bukau. Pemandangannya macam dalam cerita Braveheart, lakonan Mel Gibson tu sebab penggambaran cerita tu pun dibuat di Scotland. Mula-mula kami ronda-ronda bandar Edinburgh ni dan terus ke Edinburgh Castle, besarnya kota ni dan cantik sungguh. Di sebelah kota ni ada Royal Mile Street, tempat jual cenderamata dan pusat kebudayaan Scotland. Keindahan hari ni mungkin tak dapat aku gambarkan dengan gambar-gambar ini, mahupun coretan ataupun dengan kata-kata. Tapi yang nyata, tempat ini akan terpahat buat selama-lamanya dalam benak. Sambil berjalan-jalan sekitar tempat ni, ada bunyi orang main bagpipe, ada yang buat magik kelakar, ada yang pakai skirt Scotland.....damainya tempat ni. Aku berazam untuk datang lagi dan buat sesiapa yang cadang nak ke UK, inilah tempat wajib untuk dikunjungi selain London. Sebabnya, di London kita akan lihat kemodenan tapi bila ke Edinburgh seolah kembali ke 300 tahun lalu.
Yang menariknya selalu ada orang offer untuk tolong ambik gambar tiap kali aku nak ambik gambar keluarga, mesra betul diaorang ni. Petang sikit, hujan mula rintik-rintik, kami terus ke rumah Emy, adik Azhar anaknya Pakcik Rahman. Dia ni tahun akhir kat University of Stirling, Scotland kalau tak silap aku la sebab di Edinburgh ni ada dua universiti. Dia tinggal ngan kawan-kawan kat rumah jenis town-house. Housemate dia anak Sanusi Joned, baik budaknya. Minum lebih kurang, jam 6.30 petang terus bertolak ke Glasgow (30 minit) dan bermalam di City Inn, Glasgow. Hotel 4 star, double bed harga GBP59.00. Along sudah tertukar kasut dengan penghuni rumah ni, aku pun taktau camner nak tukar balik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wah sioknya pi jalan-jalan, wah DATIN kita masih ceria lagi. semoga semua kat sana sihat k.
Post a Comment