Saturday, December 26, 2009

A lonely journey



Kalau boleh aku taknak ceritakan langsung susah payah dan onak duri sebagai pelajar Phd. Tapi malam ni aku terasa nak jugak mencurahkan sesuatu untuk sekadar berkongsi pengalaman dan cabaran dengan mereka yang belum lagi terjebak ke dunia PhD ini. Sebenarnya tak ada yang manis pun buat PhD ni, semuanya pahit. Bezanya PhD dengan Ijazah Pertama dan Master rasanya bagai langit dan bumi. Kalau ada yang fikir, masa Master boleh lepas mudah-mudah siap score straight A's lagi, untuk PhD lupakanlah kegemilangan lalu. Kalau ada yang pikir, dia boleh cakap english berhabuk, sure boleh lepas PhD, lupakanlah. PhD bukan soal meluahkan kembali apa yang dibaca seperti masa Master atau soal boleh berkomunikasi/menulis english dengan baik. PhD adalah soal keintelektualan, soal falsafah dan ketinggian pemikiran, soal menggilap kaca menjadi permata, soal critical thinking dan yang paling penting adalah soal hakikat iaitu soal mentafsir pemikiran sebenar pengkaji-pengkaji lalu dan kini.

Sesungguhnya PhD is a lonely journey, tak ada siapa yang mampu tolong kita kecuali diri sendiri dan Allah S.W.T. Sebabnya kita mengkaji satu benda baru yang tak pernah ada orang buat lagi dalam dunia ini kerana PhD adalah "new contribution to the body of knowledge". Banyaknya benda yang nak kena buat tak terhingga, hinggakan kadang-kadang mimpi pun teringat muka supervisor, nasib baik lawa jugak supervisor aku ni walaupun muka dia jarang senyum....maklumlah keturunan Hitler. Masa meeting kali ke-2, time proposal aku diterima, kedua supervisor puji melambung-lambung, rasa seronok sangat dan lega. Tapi masa kena kritik teruk dengan kedua-dua supervisor time meeting kali ke-3, tiga minggu lalu aku rasa macam nak balik Malaysia jer. Tapi, bila balik rumah, aku tengok muka anak-anak.........tengok jernih sinar mata diaorang, tak sampai hati aku nak berpatah balik.....aku kuatkan semangat dan keazaman. Malam-malam hanya lagu Jacklyn Victor ni ajelah peneman aku untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini......

Sebenarnya ilmu itu terlalu luas. Semakin banyak yang dibaca semakin terasa kekurangan pada diri. Isu kemalasan membaca sedikit sebanyak aku dah dapat atasi, cuma sekarang nie isu macamana nak simpulkan berpuluh-puluh teori, emperical research, percanggahan findings dengan kajian baru yang aku buat nie. Yang mana satu nak guna, apa rasionalnya, kenapa pilih yang itu, bukan yang lain, apa kaedahnya, sapa yang pernah buat, relevan tak dengan kajian dan macam-macam persoalan yang kena jawap.

Kesimpulannya, kalau kita jumpa orang gagal dapat "Dr" selepas 3-5 tahun buat PhD, kita patut ucapkan tahniah kepada dia kerana sekurang-kurangnya berani mencuba dan buat yang belum terjebak ke dunia PhD ini, pikir la 100 kali..........

Nota: Ini bukan preemptive strike tapi selangkah ke hadapan seperti moto INTAN....

4 comments:

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Memang lah susoh Yop. Kalau senang 1 MKD ni jadi tuan Doktor.Tapi tok susoh mane. Budok UK tu semua hebat-hebat belaka, mana ade studi pun, ke hulu ke hilir macam gi holiday je yop. Sekejap ke London, sekejap ke St. Andrews atau ke Edinburg. Pastu tour 1 Europe. Pejam celik cukup 3 atau 4 tahun. Bawak balik kontena 40 kaki dengan sebijik mercedes.Ape yang susohnye? Fully paid holiday Yop!

Amir said...

hahhahaa....
Mie, kawan hang kat MITI dulu namanya Zakaria dekat jer dengan rumah aku. Dia buat PhD in islamic finance....

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Kirima salam kat dia. Satu batch. Aku keluar MITI, dia masuk MITI.

Liya said...

bukan senang nak jadi Dr. go en amir go..