Thursday, July 15, 2010

Jika tak kesini.......

Tempoh SV bagi dua bulan. Nak kena sediakan empat perkara; (i) confirmation document; (ii) presentation material (iii) data collection (iv) chapter one.....etc. Banyaknya benda nak kena buat......

Kalau la aku tak datang sini apa la gamaknya aku tengah buat di MKD nie......

(i) Pagi-pagi mesti pekena teh O limau dengan mee goreng/nasik lemak dengan kawan2 terutama Si Ramlee/Hj.Osman;

(ii) Naik ke bilik pastu mesti datang si Suhaimi atau kalau dulu si Aida borak-borak. Sebelum jadi Timbalan, Asri pun sehari 5 kali mari bilik aku......gelak sakan, macam-macam isu;

(iii) Tengahari mula call Suhaimi, Hj. Osman, Suhaimi, Asri, Aida.....sasaran selalunya Restoran Perantau dan kadangkala nasi ayam Puchong (Asri ngan Suhaimi janji nak belanja aku 10 kali sebab dapat masuk balik skim pencen tapi sebelum ke sini baru 3 kali........aku akan tuntut bila balik sana hehehehehe...). Selalunya yang kena pau di bujang kaya tu la.......

(iv) Bilik aku mesti masih bersepah dan penuh dengan macam-macam tampalan.......kawan2 terutama si Asri selalu kata aku sesajer sepahkan fail untuk tunjuk banyak kerja......hehehhehee. Tak la, sektor aku memang banyak kerja......tak caya tanya Pn. Siti.

(v) Petang aku selalu turun bawah ngan Hj. Osman pekena teh ngan roti kaya.......best kawan ngan veteran ni, macam-macam pengalaman hidup........maklumlah double barrel heheheheheh.

(vi) Sebelum balik aku bawa fail ke bilik boss utk discuss apa yang patut tapi si Suhaimi selalu kata aku sajer nak tunjuk muka dekat-dekat nak balik. Mesti dia jealous sebab boss aku lawa tak macam mamat Kedah tu  punya PA...  hehehehhehee.......

(v) Aku paling untung kat MKD sebab aku dapat PSU kelas A...... terima kasih berbanyak buat Nazuha.

Antara tiga tempat bekerja selama 11 tahun, MKD yang paling meninggalkan kenangan manis.......bukan bab duit tapi kawan2 dan persekitaran......best-best.

5 comments:

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Nasib baik hang tak jadi bos Nazuha dah. Sekarang nampak berseri budak tu. Dah mengandung pulak dah. Kalau tak tak tahulah nasib dia..kah..kah..kah..

PA Asri ok dah la ni. Kalau 5 kali discuss dalam bilik Asri, 5 kali dia buat air. Hang nak milo ka, nescafe ka, cappucino ka dia boleh buat. Cuma kena makan biskut kering.

Pasai belanja hang tu tak da masalah. Aku dah bubuh duit balance dalam special account untuk belanja hang. Pahala banyak belanja orang belajar dan berjihad. Tu pun kalau pass la. Hang jangan berjahat pulak kat sana. Tuhan marah nanti takp pass pulak.

Anyway, Selamat berjuang. Nanti check sapa boleh bawak balik Mercedes untuk aku.

Amir said...

Mercedes banyak kat sini, murah lak tu. E240 elegance tahun 2002 baru 6000 pound lebih. Aku setakat tengok boleh la, tak mampu bang.....

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Kalau hang tak nak beli, hang tolong bawak balik untuk akulah.

Amir said...

Kalau aku tak bawak balik, takda masalah utk tolong belikan. Lagipun boleh aku kuda 9 bulan sebelum balik hehhehehe(syarat AP)......

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Ok. No problem. Bila agaknya nak balik? Tapi kena confirm awal. Boleh aku simpan duit.