Minggu lepas (ahad), 31 Januari 2010 bawak anak bini jalan-jalan kat Newcastle dekat Metro Centre. Mula-mula pergi Toys 'r' us untuk tengok toys apa anak-anak orang putih suka main. Masuk dalam, mak oi besarnya gudang mainan, macam-macam ada. Teringat aku kecik-kecik dulu, bila minta kat ayah untuk beli mainan, mesti ayah akan kata "......nanti ayah beli seraga Ah Guan". Cina Ah Guan ni popular kat kampung aku sebab dia ni pembeli kelapa, ayam dan macam-macam lagi. Time aku kecik dulu, pernah aku ambik kelapa yang luruh kat tanah dia, pastu pergi jual kat dia balik.....hehehheheeee. Bini si Ah Guan ni dah lari tinggalkan dia dan Ah Guan ni yang istimewanya tak pernah tukar baju dan seluar. Dari aku kecik sampai dah tua, dia asyik pakai singlet pagoda dengan seluar pendek besar paras lutut. Pastu kayuh basikal tua dia dengan raga besar untuk bawa kelapa dengan ayam/itik. Bila dia jumpa aku jer mesti dia akan kata ayat nie......"pek long si.....idung kepek tarak isi.....". Sekarang dia dah tua dan tinggal kat pekan Pantai Remis ngan anak dia kot. Rumah lama dia tempat aku melastik burung pun dah jadi hutan. Dulu itu la tempat aku sepanjang hari, macam-macam aktiviti dari melastik burung, mandi parit sampai panjat pokok rambutan yang memang banyak kat tanah dia.
Dari situ kami ke IKEA yang tak jauh dari Toys 'r' us. Kalau di Toys 'r' us Si Cami rambang mata, kat IKEA bini aku rambang mata ngan telinga sekali hehehehehee......takperlah sekali sekala. Besarnya IKEA ni mungkin sekali ganda kat KL tu dan barangannya memang pelik-pelik dan tak pernah tengok. Memang la orang kata UK nie syurga untuk kaki shopping. Untuk aku yang cukup-cukup makan ni, tumpang seronok tengok orang beli dah la. Keluar dari IKEA, makan kat Mcdonald dan terus ke ASDA beli barang dapur termasuk Easter chocolate kat bawah tu. Harganya 1 pound jer.
Tertidur si Cami tunggu mak dia jamu mata
Easter chocolate
6 comments:
Mir...aku hanya mampu tumpang seronok, boleh Mir.
Hehehehehe....masih ada harapan, minta doa banyak-banyak. Apa citer kawan2 kita, ada yang dah keluar MOF ker.
Aku dah give-up...aku kena tunggu 3 tahun lagi, tapi aku tak nak buat ekonomi, aku nak buat management atau sains politik lak. Kalau tak leh gak, aku kena beep up anak-anak aku la, supaya mereka dapat ngaji luar negeri, boleh lah aku ngan wife datang time cuti.
Kau tak kerja ke part time ke...
Aku cadang lepas 12 month review (PhD confirmation) baru nak kerja sikit, maknanya lepas bulan Oktober la agaknya. Sekarang gaji partimer tak semahal dulu, sejam lebih kurang GBP5.30 dan sehari biasanya 3 jam (7-9). Mujurlah kos hidup tak tinggi kat sini, kepala ikan Salmon yang besar tu baru 50 pence seketul (RM2.70), semalam baru aku beli 6 ketul. 22 March ni ada 6 month review, gementar beb....
Insya-Allah wife aku akan bersalin pada bulan Jun ni. Kau tak de lagi ke...almaklumlah kat Durham kan musim sejuk...Kalau kau pergi Newcastle dan jumpa kawan aku Rosni nama nya, dia buat PhD dalam maritime ini hp 447938961620 dia, kalau terjumpa kirim salam.
Tahniah la, harap-harap pompuan la kali ni yer......aku tak boleh lagi sebab pertamanya kos visa untuk anak lahir kat UK 500 pound, keduanya kalau tambah sorang lagi kena beli MPV, kereta Sedan aku dah tak muat...duit tak cukup, ketiganya aku nak jalan puas2 dulu. Tahun akhir nanti baru nak ada sorang, insyaAllah.
Post a Comment