Wednesday, August 11, 2010

Musim buah-buahan di Durham

Tiap summer adalah juga musim buah-buahan di Durham. Ladang buah-buahan paling dekat di Plawsworth, Chester-Le-Street, 15 minit dari rumah. Ladang ni ada macam-macam buah seperti strawberries, gooseberries, raspberries, red currants dan black currants. Dah dua kali kami ke sini, kali pertama masa buah strawberries tengah banyak dengan student dari USIM yang datang untuk summer camp di Durham University pada awal Julai 2010. Baru-baru ni hari isnin (9.8.2010) bawa anak-anak pergi pulak.........riuh rendah la ladang nie dengan suara anak-anak aku. Masuk percuma, makan la banyak mana nak makan pun, cuma bila bawak balik baru kena bayar. Konsepnya "pick-your-own" atau PYO.

Raspberries - manis bila cukup masak
gooseberries - masam-masam manis
red & black currants - masam dan agak kelat
Ladang strawberries
Dalam ladang gandum yang tengah masak

4 comments:

Anggeriksofea said...

Hi Encik Amir,

Intan nak minta resepi udang sambal petai yang wife encik amir masak dulu. Sedap. Teringin nak buat. Bolehkah?

Thanks

Amir said...

mengidam yer?.....nanti saya bagitau dia. Tapi udangnya kena dari Kerpan hehehehehe.....

Amir said...

Wife kata masak sambal cam biasa jer, bagi pecah minyak.....cuma dia taruk santan. Pastu petai tu kena celur dulu bagi hilang kelat. Nak yang original kena tunggu kami balik la.....masih kat MKD ker?

Anggeriksofea said...

Hi En Amir,

Cam biasa dah try x sesedap wife En Amir masak...huwaaa..... En Amir bila balik sini? Lama lagik ke kat sana? MKD nie bosan dah... kosong jer. Xder mcm dulu.

Tadi baru habis sesi taklimat HLP di JPA. Kami mula sesi QA bulan Februari