Sunday, October 24, 2010

Steavenson Street di langgar garuda

Pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) keluarga Afandi selamat berangkat pulang ke tanahair setelah 3 tahun 5 bulan berada di Durham. Suasana Stevenson Street yang kebiasaannya riuh-rendah dengan anak-anak aku dan anak-anak dia bermain sama ada di luar rumah mahupun berkungfu di dalam rumah kini agak sepi. Tiada lagi ketukan di pintu bertalu-talu  dan diikuti suara nyaring si Adib.........."buka pintuuuuuuuuuuuu......nak masuk niiiiii" atau suara si Adam yang suka mendewakan ayahnya ".....ayah saya pandai kungfu!!!!....." . Tiada juga lagi deringan telefon dari Ayu yang tidak pernah tidak telefon bini aku setiap hari atau bini aku yang dok telefon dia, kadangkala sampai 3-4 kali sehari, apa yang diaorang cerita aku pun taktau. Pendek kata, Steavenson Street bagai dilanggar garuda sepulangnya keluarga ini ke Malaysia.

Buat mereka sekeluarga, selamat kembali ke bumi realiti..........semoga berjumpa lagi. Kenangan bersama tetap terpahat dan semoga persahabatan ini berpanjangan.

Kek bini aku masa hari angkat barang keluarga Afandi 
Si Cami mandi dengan Adam & Adib, pagi sebelum berangkat

Kawan-kawan yang datang ke rumah aku untuk menghantar mereka pulang

Cami dan Adam, gambar terakhir di Bowburn, Durham
Mereka yang ditinggalkan

Cami dan Adib, gambar terakhir sebelum Cami ke sekolah


Keluarga yang menghantar ke airport

Gara-gara terlebih muatan......punggah bang jangan tak punggah
There are big ships and small ships, but the best ship of all is friendship

Selamat jalan, moga bertemu lagi........




 

4 comments:

pak.maun said...

Bila aku baca posting yang ini, teringat aku nostalgia masa menghantar senior-senior yang balik Malaysia. Sibuk memang sibuk mengangkut pinggan mangkuk pyrex, bone china berpuloh kotak, almari, perabot kerusi yang kalau di Malaysia berharga berpuloh ribu hinggit, buku-buku dan mercedes. Trailer pulok 20 atau 27 futer. Wee meriah lah. Berapa banyak dah pinggan mangkuk wife engkau collect Mir?

Amir said...

aku mana ada collect apa-apa pun. Datang 6 beg, balik mungkin 7 beg jer kot. Elaun pulak kena potong 300 pound sebulan, sakit gak nie.

ayu said...

sdr amir, syahdunya hati baca entry nie, terkenang sungguh kat zah, syahmi, along n angah..tkasih byk2 atas segala kebaikan..dan selamat meneruskan perjuangan

chuaharris said...

Uncle Amir, selamat hari raya haji. Papa (Ramlee) kirim salam.