Tuesday, November 23, 2010

Pelamin anganku musnah.....



Ikut perancangan pada cuti Krismas ini aku akan ke negara yang terletak di pertembungan antara dua tamadun. Tetapi, tuhan lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya, maka terpaksalah rancangan itu dibatalkan. Puncanya.....isk, sedih nak cerita. Elaun kena potong lebih 300 pound sebulan atas nama untuk menyelaraskan kadarnya dengan pelajar lain.

Takpalah, aku tidak akan merungut mahupun membantah. Cumanya tiada lagi angan-angan untuk menghirup manisnya udara alam selain negara ini untuk melepas lelah. Mungkin ada hikmah yang terselindung, aku redha. Jika ianya berlaku kerana hasad manusia, aku juga telah memberi kemaafan bersyarat.

Tadi jam 3.00 petang ke Darlington untuk hantar Azli ke London dan seterusnya dia akan ke Heathrow untuk pulang ke Universiti Al-Azhar, Cairo. Dia tiba dari tempat kerjanya di London ke rumah aku dua hari yang lalu. Maka tamatlah cerita Azli di bumi UK setelah hampir 4 bulan di sini. 

Sejak dua minggu lalu telah 3 orang warga melayu Durham University yang telah lulus viva mereka, Dr. Syukriah (Law), suaminya Dr. Syahmi (Islamic Finance) dan seorang lagi pensyarah dari UMS, Dr. Rahimie (Islamic Finance). Pertengahan bulan Disember, Afandi pulak akan datang ke Durham untuk viva. Aku tumpang gembira dan rasa seronok sangat melihat seorang demi seorang anak bangsa memperolehi kejayaan hasil perjuangan getir mereka selama 3-4 tahun. Moga ilmu yang diperolehi dipergunakan sebaik mungkin untuk kemajuan negara dan semoga kemaslahatan anak bangsa tetap menjadi agenda.  Jumaat ini mereka akan buat kenduri kesyukuran di Keenan House.

Aku pulak macamana?........ esok sambung cerita sebab jam 9 pagi esok kena jumpa kedua-dua SV untuk bincang pasal first empirical chapter. Moga segalanya berjalan lancar.  

4 comments:

chuaharris said...

Amir, kau tak buat kerja part time ke. Dalam maksud "kemaafan yang bersyarat" tu. Aku dah amik PTK5 hari tu, sama dengan Leonard, dan banyak lagi la batch kita. Minta-minta group last batch ni, depa bagi luluih semua la.

Amir said...

Ramlee,PTK mansuh Jun 2011 kan. Sebelum tarikh tu takde langsung PTK5 ker?. Aku tak buat partime pun, tak sempat sebab assignment banyak sangat, tak terkejar.....

chuaharris said...

Amir, "depa" kata utk skim PTD PTK masih ada cuma mekanisme nya ditukar, mungkin tak de exam dan lebih tough.

Aku tak sure plak sebelum Jun 2011 tu ada tak sesi PTK5? Mungkin kena check jadual dalam website PTK JPA tu la.

Aku baca surat khabar, UK gomen nak naikkan yuran universiti 3 kali ganda?

Unknown said...

Salaam Mir,kau kan redha 300pound atau redha tak dapat pergi jalan? heheheh....Aida