Thursday, June 16, 2011

Lembaran kehidupan

12 June 2011, Pija anak Paklong Jaafar kahwin. Kebetulan aku call adik aku si Aziz malam sebelum kenduri dan sayunya hati ini mendengar akan keriuhan suasana malam kenduri kenduri dicorong telefon.........jika disana mungkin tika itu aku sedang menikmati bihun sup tulang lembu atau sibuk bergebang dan buat lawak dengan saudara mara atau mungkin juga tengah main terup dengan Pakngah Din, Pakcik Leman dan lain-lain. Manis sungguh kenangan.....

Bulan Oktober ini genap dua tahun ku tinggalkan tanahairku demi meneroka lembaran baru dalam babak kehidupan, lembaran yang penuh dengan segala macam rasa.........suka duka silih berganti. Ramai yang telah pergi tanpa dapat aku menatap wajah mereka buat kali terakhir. Toksu Che Amat (anak bongsu keturunan Budin) dan Paklang Tapa antara yang paling rapat yang pergi dan tak kembali. Moga diterima mereka itu disisiNya. Makin ramai yang dah berkahwin dan makin bertambah saudara mara aku dengan anak-anak yang baru dilahirkan.

Jika aku yang mak ada datang bulan lepas juga masih merindui, apatah lagi agaknya isteriku. Aku tahu dia amat rindukan mak ayah dia terutama selepas Tok Nab kembali ke rahmatullah tidak lama dahulu. Tapi tidak walau sekali dia merungut atau meminta untuk balik ke Malaysia. Mungkin dia tidak mahu memeningkan kepalaku. Terima kasih atas kesabaranmu wahai isteriku, akan kupahatkan namamu dalam thesisku. ......

Annual Review (21 month) dah selesai begitu juga 1st empirical chapter yang tengah di edit oleh SV untuk dihantar ke journal. Minggu lepas aku mula dengan 2nd empirical chapter dan moga-moga ianya juga berjalan lancar. Aku ingin segera pulang walau aku tahu bekerja tidak sama dengan belajar. Ketenangan disini takkan sama dengan yang menanti. Aku tetap ingin pulang tapi dengan kejayaan kerana ianya akan lebih manis untuk dikenang............nanti keceritakan kaitan ayahku dengan PhD ini. 

5 comments:

Anna said...

En. Amir,

Saya akan ke London Raya ketiga ni untuk further study kat University of East London.

Hope to visit u..hee...kalau sudi ler..

Amir said...

Datang la, saya tinggal kat kampung (4.5 jam dari London)

Anonymous said...

tipu la...mana bole 4.5 jam? kurang lebih 7 atau 8 jam naik bas. itupun kalau bas tak tergelincir.

Anna said...

Hee...satu lagi En. Amir, boleh tanya sikit. Anak2 kalau nak register sekolah, boleh terus pergi register kat mana2 public school ke atau ada had masa coz my daughter dah sekolah kat sini. Bila kat London kira dah darjah 2 lah tapi tak sure camana nak registerkan sekolah.

Amir said...

nanti add kat FB saya (Amiruddin Muhamed), boleh cerita panjang bab sekolah ni.