Semalam, Jumaat 22 Julai 2011 jam 2.36pm, satu letupan besar menggegarkan pusat bandar Oslo berdekatan pusat pentadbiran Kerajaan di bawah Parti Buruh yang mana berhampiran pejabat Perdana Menteri Norway. Letupan itu juga berdekatan dengan pejabat Jyllands-Posten, akhbar utama Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad pada September 2005 dan mencetuskan kontroversi di seluruh dunia satu ketika dulu. Walaupun hanya melalui kawasan ini tanpa singgah sewaktu lawatan ke sana tahun lalu (25-27 September 2010), aku dapat bayangkan bagaimana paniknya warga Oslo yang tidak pernah merasai pengalaman sebegini sepertimana ianya sudah menjadi asam garam kepada warga Afghanistan, Pakistan mahupun di Iraq.
Apa reaksinya?
Semua stesen TV yang boleh dicapai oleh freeview rumah aku seperti Sky news, BBC, CNN, Russian Today, Al-Jazeera membuat liputan langsung sama seperti sewaktu pengeboman WTC 9/11. Pelbagai jenis manusia diwawancara di serata dunia dan pelbagai pendapat dan analisis diutarakan yang kebanyakannya mengarah kepada pembabitan militan islam atas tiket bahawa Norway ahli aktif NATO yang menyertai perang di Afghanistan dan juga pengeboman berterusan di Tripoli, Libya selain isu karikatur nabi Muhammad berkenaan. Aku yang berterusan menonton berdoa agar janganlah pengeboman ini dilakukan oleh orang islam diketika pengguna twitter, Facebook dan pelbagai media alternatif mula berdebat tentang siapa disebalik pengeboman ini. Tambahan pula dikatakan terdapat individu yang cuba memanaskan lagi keadaan dengan membuat panggilan telefon yang mendakwa mewakili Helpers of Global Jihad dan mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman ini sebagai membalas penglibatan Norway di Afghanistan.
Jam 5.25pm waktu tempatan atau 4.25pm waktu UK berita mula tersebar bahawa berlaku tembakan rambang (shooting spree) di perkhemahan Kem Remaja tajaan Parti Buruh di Utoya Island iaitu sebuah pulau kecil 38km dari Oslo. Seorang lelaki berpakaian polis dikatakan menembak remaja berusia belasan tahun secara membabi buta hingga mengakibatkan banyak kematian. Ianya kemudian ditangkap.
Polis kemudiannya mendedahkan bahawa lelaki yang ditahan berkenaan adalah Anders Behring Breivik, 32 tahun, warga tempatan (norwegian), freemasonry, aktivis berhaluan kanan (far-right activists), conservative nationalist yang anti-immigrant, anti-muslim, pro-yahudi dan memperjuangkan negara satu bangsa yakni bangsa Norway atau bangsa Eropah. Beliau adalah petani dan polis mengesahkan ada kaitan antara pengeboman di Oslo dengan shooting spree di Utoya Island.
Tiba-tiba semua media yang sangat ghairah untuk mengaitkan pengeboman ini dengan militan islam senyap sunyi, tiada lagi analisis berat sebelah. Kerana apa, kerana lelaki ini ada seorang christian freemasonry yang bukan setakat anti-muslim dan pro-yahudi dan yang lebih utama beliau berbangsa Eropah. Mereka seakan tidak percaya akan hakikat ini.
Meludah ke langit, terpalit muka sendiri.
Begitulah tebalnya prejudis masyarakat barat terhadap islam dan insiden ini membuktikan bahawa tindakan media mereka yang seringkali mengaitkan islam dengan keganasan akhirnya memakan diri sendiri di mana ianya akhirnya mewujudkan kelompok manusia seperti English Defence League, Norwegian Defence League dan pelbagai kumpulan nasionalist di hampir kesemua negara Eropah yang membenci kerajaan mereka sendiri yang dituduh lemah dalam mengambil tindakan terhadap bangsa asing dan gagal menyekat perkembangan agama islam di Eropah.
Setakat ini polis mengesahkan lebih 90 orang terbunuh akibat angkara "a home-grown terrorist".
Semoga mereka belajar dan tersedar.
Semoga mereka belajar dan tersedar.