Monday, May 24, 2010

Catatan Ayahku (1)

Sepanjang sakit lumpuh sejak tahun 1988, ayahku banyak menulis tentang dirinya, tentang kehidupan sekelilingnya, tentang alam dan penciptaNya di dalam buku catatan hariannya. Cuma satu diarinya tahun 2000 yang sempat aku bawa ke UK sebagai kenang-kenanganku terhadap ayahku....

10 tahun lalu iaitu pada 19 Mei 2000 ayahku mencatatkan di dalam diari hariannya itu;

"Di dalam hatiku itu ada sabuah surga. Apabila diriku terpenjara, aku pun tinggal didalamnya"

Di saat perjuangan ini semakin mencabar dan memerlukan pengorbanan dan istiqomah yang bukan sedikit, maka aku semakin mengerti akan maksud ayahku ini.........

Thursday, May 20, 2010

Lake District, Cumbria

Hari ketiga (Ahad)

Hari terakhir di Lake District. Ada keluarga yang terus balik ke Durham, ada yang bawa anak naik kuda dulu dan aku join group yang paling ramai bergerak ke Bowness-on-Windermere, Cumbria. Bandar tepi tasik ini ada macam-macam aktiviti termasuk boleh naik Windermere Lake Cruises dan yang paling budak-budak suka bagi makan goose kat tepi tasik. Dalam jam 5 petang, masa berkira-kira nak balik aku teringat cerita Najib tentang Beatrix Potter yang mana rumahnya dekat kawasan Hill Top, tak jauh dari Windermere. 


Beatrix Potter ni adalah penulis komik kanak-kanak yang terkenal 'Peter Rabbit',  'The Tale of Tom Kitten', 'The Tale of Jemima Puddle-Duck' dan sebagainya. Dilahirkan di London dalam keluarga bangsawan kaya tapi lebih berminat lukis kartun dan pemandangan semulajadi terutama di Lake District. Dengan hasil jualan komik dibelinya 14 ladang dan 4000 hektar tanah yang kemudiannya diserahkan semuanya kepada National Trust dengan satu syarat iaitu tiada apa-apa yang boleh diubah di atas tanah yang diamanahkannya itu.


Atas keterujaan untuk melihat kawasan semulajadi England yang tidak pernah diusik sejak beratus tahun lalu maka aku naik feri bersekali dengan kereta untuk menyeberangi tasik ke Hill Top. Memang semulajadi dan indah sungguh pemandangan di sini, cumanya rumah asal Beatrix Potter yang dijadikan tempat malawat sekarang tak sempat masuk sebab dah tutup. 


Dari situ aku bergerak ke Ambleside dan seterusnya ke pekan kecik bernama Keswick yang masih di dalam kawasan Lake District National Park. Pekan lama English dari zaman Roman. Kalau ke Malaysia orang ke Kampung Baru untuk tengok rumah asal Melayu, kat England antara tempatnya adalah di Keswick untuk tengok bandar asal warisan Roman. Semua bangunan asal kurun ke-16-17 yang guna batu masih kekal digunakan sampai hari ni, indah pekan nie........ cumanya aku terfikir, mungkinkah pekan ini dibangunkan dari hasil masyul Tanah Melayu yang dijajah mereka ketika itu?


Sampai rumah 8.30 malam tapi masih terang benderang......
    
 kemuncak tertinggi yang boleh sampai dengan kereta (700 meter dari aras laut)

Bowness-on-Windermere

Kemuncak musim bunga.....

Pemandangan dalam perjalanan ke Keswick

Hill Top, rumah asal Beatrix Potter

Feri yang dinaiki untuk menyeberang ke Hill Top dan terus ke Ambleside

Pekan Keswick

Sunday, May 16, 2010

Camping di Lake District, Cumbria - hari kedua

Hari Kedua (Sabtu)

Semakin ramai keluarga yang datang dan selepas makan pagi dan senaman memanaskan badan bapa-bapa mendaki bukit manakala ibu-ibu masak nasi sup daging dan macam-macam juadah untuk makan tengahari. Makanannya pulak lebih hebat dari makan kat rumah....... nak tergelak pun ada, camping apa camni, sepatutnya camping makan yang sempoi-sempoi dan ala kadar, ni asyik masak jer dari pagi sampai malam. Perjalanan pergi balik naik bukit lebih kurang 2 jam lebih dan boleh tahan jugak penatnya. Balik makan tengahari dan petang hingga malam BBQ. Habis berasap kawasan perkhemahan, terkejut mat saleh tengok..........

Petang si Najib, Zul Keenan dan Khairizam menyelinap masuk khemah aku untuk main terup, kami main race ngan calit......berdekah-dekah ketawa.

Sengaja kucatatkan nama-nama mereka sebagai kenang-kenangan kerana ini mungkin merupakan kali terakhir kami beraktiviti bersama kerana beberapa bulan lagi sebahagian besar  akan kembali semula ke tanahair bagi melaksanakan misi menjayakan anak bangsa..... 

sambil masak sambil bergossip nie.......bini aku dengan best friend dia, Kak Ayu

  Sebelum memulakan pendakian ke Gunung Everest.....yang tiada dalam gambar di bawah, berdiri (dua dari kanan) Safwan (bakal doktor) dan di sebelahnya Halil (ikut isteri buat PhD, isteri dari UPSI). Bawah; kanan sekali Nasoruddin (UTeM), cuma dia yang tak mendaki tapi tolong masak untuk kami dan duduk empat dari kiri Rahimi (UMS)

Separuh perjalanan. Dari kiri (atas); Fauzi (UM), Nizam (UIA - cacat penglihatan dan bakal orang buta kedua di Malaysia dapat PhD), Zulkifli Hassan (USIM), Ustaz Maslee (UIA), Zulkifly Yusof (Jurutera di UK), Ustaz Jailani (Peguam Syarie), Danial (anak Asmadi), Asmadi (UITM) dan Amir Ngah (UMT). Dari kiri (bawah); Afandi (UDM), aku (satu-satunya PTD) dan adik ipar Asmadi.  

Cantik sungguh pemandangan dari kemuncak tertinggi bukit yang didaki ini.....

Along dan kawan-kawannya. Dari kiri Iman dan baju merah Ehsan (anak Zulkifli Yusof), yang depan sekali Ariff (anaknya Rahimi)

Acara kemuncak.....BBQ kambing, ayam dan sebagainya. Yang sedang membakar (rambut serabai tu si Farid (adik Rizal), sebelahnya di Najib (ikut bini buat PhD, bini dia Ros - UPM) dan yang belakang pakai tutup kepala biru tu Pak Arab nama Ali (dia kawin dengan orang Melayu).




Camping di Lake District, Cumbria

Hari Pertama (Jumaat)

7 hingga 9 Mei 2010 (2 malam), 14 keluarga dari Bowburn ke Lake District, Cumbria kira-kira sejam setengah perjalanan dari rumah untuk berkhemah sempena musim bunga. Pengalaman pertama aku berkhemah dengan anak bini di UK ini. Khemah besar dan selesa tapi sejuk waktu malam walaupun masing-masing ada sleeping bag. Hari jumaat ini masak sendiri-sendiri tapi makan ramai-ramai (potluck). Cantik betul kawasan ni yang terletak di celahan gunung dan dilatari dengan tasik yang begitu luas dan membiru.....



Ni ler khemah kami, ada dua bilik untuk muat 6 orang

Si Cami dengan Christina (anak Rahimi). Kecik-kecik dah pandai pegang tangan anak dara orang, mesti turun pak sedara dia, kalau tak Joi mesti Aziz 


Keluarga yang datang hari Jumaat
 Mak Andeh aku.......