Thursday, May 20, 2010

Lake District, Cumbria

Hari ketiga (Ahad)

Hari terakhir di Lake District. Ada keluarga yang terus balik ke Durham, ada yang bawa anak naik kuda dulu dan aku join group yang paling ramai bergerak ke Bowness-on-Windermere, Cumbria. Bandar tepi tasik ini ada macam-macam aktiviti termasuk boleh naik Windermere Lake Cruises dan yang paling budak-budak suka bagi makan goose kat tepi tasik. Dalam jam 5 petang, masa berkira-kira nak balik aku teringat cerita Najib tentang Beatrix Potter yang mana rumahnya dekat kawasan Hill Top, tak jauh dari Windermere. 


Beatrix Potter ni adalah penulis komik kanak-kanak yang terkenal 'Peter Rabbit',  'The Tale of Tom Kitten', 'The Tale of Jemima Puddle-Duck' dan sebagainya. Dilahirkan di London dalam keluarga bangsawan kaya tapi lebih berminat lukis kartun dan pemandangan semulajadi terutama di Lake District. Dengan hasil jualan komik dibelinya 14 ladang dan 4000 hektar tanah yang kemudiannya diserahkan semuanya kepada National Trust dengan satu syarat iaitu tiada apa-apa yang boleh diubah di atas tanah yang diamanahkannya itu.


Atas keterujaan untuk melihat kawasan semulajadi England yang tidak pernah diusik sejak beratus tahun lalu maka aku naik feri bersekali dengan kereta untuk menyeberangi tasik ke Hill Top. Memang semulajadi dan indah sungguh pemandangan di sini, cumanya rumah asal Beatrix Potter yang dijadikan tempat malawat sekarang tak sempat masuk sebab dah tutup. 


Dari situ aku bergerak ke Ambleside dan seterusnya ke pekan kecik bernama Keswick yang masih di dalam kawasan Lake District National Park. Pekan lama English dari zaman Roman. Kalau ke Malaysia orang ke Kampung Baru untuk tengok rumah asal Melayu, kat England antara tempatnya adalah di Keswick untuk tengok bandar asal warisan Roman. Semua bangunan asal kurun ke-16-17 yang guna batu masih kekal digunakan sampai hari ni, indah pekan nie........ cumanya aku terfikir, mungkinkah pekan ini dibangunkan dari hasil masyul Tanah Melayu yang dijajah mereka ketika itu?


Sampai rumah 8.30 malam tapi masih terang benderang......
    
 kemuncak tertinggi yang boleh sampai dengan kereta (700 meter dari aras laut)

Bowness-on-Windermere

Kemuncak musim bunga.....

Pemandangan dalam perjalanan ke Keswick

Hill Top, rumah asal Beatrix Potter

Feri yang dinaiki untuk menyeberang ke Hill Top dan terus ke Ambleside

Pekan Keswick

No comments: