Wednesday, September 14, 2011

Zuriat ke-4


Jam 9 malam, Ahad 4 September 2011 isteriku masuk Wad 8 untuk proses bersalin. Esoknya jam 9.30 pagi mula masuk air dan tepat jam 1.50 tengahari lahirlah zuriat keempatku. Juga seorang anak lelaki dan genaplah kini pengusung penjuru keempat keranda jenazah kami suami isteri kelak, insyaAllah. 
Tidak seperti ramalan doktor bahawa beratnya hanya 2.4 kg berdasarkan scan, anak ini yang kunamakan Ajmal Danial seberat 2.96 kg. Sempurna fizikal dan mentalnya, alhamdulilah. Terasa sangat kekok  bagi isteriku dan aku sendiri untuk memangku Ajmal mungkin kerana hampir 7 tahun kami tidak mempunyai anak kecil. 

Jika anak-anak yang lain aku hanya goyang kaki sebab mak dan ayah mertua yang uruskan segalanya, kali ini baru kutahu rasa sibuknya. Rutinku berubah serta merta. Yang paling gembira adalah abang-abangnya. Sehingga aku menulis ini iaitu hampir 10 hari usia Ajmal, abang-abangnya Along, Angah dan Cami tetap setia disisinya. Paling aku takut kalau ditemani Cami bersendirian kerana pernah dia buat kubu dari bantal mengelilingi adiknya, nasib baik tak terbalik bantal itu. Pernah juga topi adiknya terjatuh dan dia sarungkan balik tetapi sampai tertutup mata si Ajmal. Yang paling aku tak tahan dengan Cami ni bila Ajmal tidur lena pun dia tetap akan tepuk-tepuk sambil mulutnya syhhhh...syhhhhhhhhhhhh. Jakun sungguh orang lama takdak adik ni.

9 comments:

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Tahniah Bro, kau memang lelaki sejati.. hehehe... 4 lelaki. Tapi takpa ada masa lagi, kilang produktif utk next batch. Nama anak hang sama macam nama anak bongsu aku, Ajmal.

Anyway sekali lagi tahniah diatas rezeki yg Allah kurniakan. Semoga ditambah rezeki dan keberkatan dlm kehidupan. Amin.

Monamie said...

tahniah en.amir! :) seronok ada baby :)

Amir said...

Mie, aku memang ambil nama tu sebab teringat nama anak hang dulu.

Anggeriksofea said...

Tahniah, Encik Amir!! Wah... Jelesnya..... :)

Anonymous said...

salam encik Amir.. tahniah yer.. bgtau kak zah, Aida aka wife khairil (AG) kirim salam.. Alhamdulillah termakbul doa dia nak tambah zuriat kat sana..

chuaharris said...

Mir, tidak terlambat aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tahniah gak dapat made in UK. Ada chop tu.

amir said...

Kak Zah juga kirim salam kat Aida.

Ramlee: selamat hari raya, maaf zahir batin. Apa cerita terkini?

Anggerik: belum ada ka?

chuaharris said...

Biasa la Mir, ER dan Bajet time, stay until late nite next week berkampung di PNB

yanti-MKD said...

Tahniah En. Amir...seronok tgk En. Amir dapat baby baru...:)