Thursday, September 22, 2011

Durham Town

Inilah bandar Durham yang hampir setiap minggu aku kunjungi. Tak pernah jemu aku menyaksikan pelbagai gelagat manusia di hadapan Market Hall mahupun pemuzik jalanan di atas jambatan berhampiran Van Mildert juga The Gates. Sebutan untuk Durham adalah (play /ˈdʌrəm/, locally /ˈdʊrəm/) yang bermaksud hill on an island. Sebuah bandar lama zaman medieval yang terletak di North East, England dan hanya 30 minit dari Newcastle tetapi 4.5 jam perjalanan dengan kereta dari London. Durham Castle yang terkenal dibina pada tahun 1072 oleh bangsa Norman yang menjajah ketika itu dan kebanyakan bangunan lama adalah berhampiran sungai besar yang merentasi tengah bandar ini. Sungai yang menjadi tempat pelbagai aktiviti air oleh pelajar universiti yang juga akan membeku jika terlalu sejuk di musim winter seperti pada tahun lalu. Mr. Bean juga dilahirkan di Consett, County Durham iaitu kira-kira 20 minit dari pusat bandar.

Penghuni bandar ini adalah orang tempatan (english) dan sangat sedikit orang lain kecuali pelajar Durham university dari serata dunia. Aku suka bandar Durham kerana ianya sangat rilex dan masa terasa bergerak amat perlahan bila ke sini. Mungkin kerana tiada orang yang terburu-buru dan mereka suka menikmati pemandangan. Amat sukar untuk aku jelaskan namun yang pasti aku akan merindui bandar ini kelak walaupun perjalanan ini masih jauh.        

1 comment:

chuaharris said...

Aku pun berpandangan seperti kau Dr. Amir, masa aku mengaji di Kota Bharu dulu. Aku suka dengan suasana dan persekitaran yang tenang (walaupun kadang-kadang ada jugak mamat mat saleh ni yang buat sial). Tapi yang paling best carboot sale lah