semoga kekallah kenangan-kenanganku buat selamanya, seumpama mutiara peristiwa yang teruntai..
Saturday, October 10, 2009
Si Cami buat hal.....
Inilah pahlawan Melayu tersebut bersama aksi erotiknya di Shakespeare Park, Crook Hall and Garden masa kami pergi apple picking dua minggu lalu.....
Surat dari Headteacher Si Cami....
Minggu ni aku geram betul kat si Cami. Cikgu dia bagi surat kata dia gigit kawan sekelas dia, anak orang putih la kot gamaknya. Malamnya, bini aku marah kat dia dan nak cilikan mulut dia, punya la dia menangis. Dia ingatkan sos yang bini aku guna buat-buat nak cili dia tu pedas, padahal sos manis Thailand tu jer. Makanya berjanjilah dia takkan gigit orang lagi. Malamnya jenuh la pulak aku mengarang surat untuk cikgu dia katakan yang aku dah nasihatkan di Cami tu. Sebenarnya bukan gigit pun, apa yang dia buat macam orang Kedah kata "melawak lembu"....kasarlah guraunya tu. Anak orang putih ni, kena sikit pun dah berbekas badannya. Camna pun semua dah okay. Aku saja masukkan surat cikgu dia ni dalam bloq ni supaya nanti bila besar, dia sendiri boleh tau perangainya masa kecil dan macamana susahnya ayah dia yang tak berapa pandai mengarang Bahasa Inggeris ni dok cari ayat yang sesuai. Eh...ehhh, lupa nak tanya mak aku, time kecik dulu aku ada pernah gigit orang tak, sebab kata orang...."bapa borek, anak bintik-bintik.....". Atau pun tah-tah bini aku yang suka gigit-gigit nie....."mama borek, anak gigit-gigit...."
(Perenggan ni aku akan delete bila Si Cami dah pandai baca....)
Namun begitu jauh disudut hati aku, adalah juga rasa bangga sebab setelah 134 tahun iaitu sejak 1875 iaitu peristiwa Si Putum menikam JWW Birch, Residen pertama Inggeris di Perak di Pasir Salak, akhirnya muncullah seorang pahlawan Melayu bernama Si Cami yang berani menggigit anak orang putih. Aku pulak asal dari Perak, makanya mungkinkah anak-anakku ini keturunan Dato' Maharajalela?. Kalau begitu, aku cadang nak tulis surat kat Istana Perak untuk mintak elaun kerabat diraja, minta istana bayar dalam Pound Sterling, senang sikit aku nak belanja kat Carboot....hehehehehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bro, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Bapak Cami pun pahlawan juga. Dulu bukan orang je dia gigit, benda lain pun dia sapu jugak. Anyway,Selamat Hari Raya dan Selamat Berjuang!
Hehehehe......aku la ni macam duduk dalam gua gelap gelita, sebutir cahaya tak nampak. Still in limbo..... rambut pun dah mula nak mengurang nie....hehhehehe
Post a Comment