Tuesday, February 23, 2010

Re'search" di Liverpool



Mamat ni dah tua pun power lagi.....


Ahad (21 Februari 2010) ke Liverpool untuk mere"search" kat Cavern Hall dengan Syahmi, Najib, Faizal, Zulkhairi dan Hafizi. Aku sebenarnya malas betul nak pergi sebab orang berjiwa sentimental ni mana sesuai ngan lagu rock, kalau M.Nasir ke baru masuk. Search ni cuma lagu Isabella je yang aku suka. Tapi kawan-kawan ajak jugak dan kebetulan ada satu seat kosong, so join gak la, tak pergi kang anti-sosial lak. Lagipun aku teringin nak tengok Liverpool City dan yang paling menarik diaorang nak ke Liverpool FC. So bertolak la jam 11 pagi naik Stream Hafizi. Sampai awal dan makan KFC halal dulu dan siap beli bawak balik kat anak bini. Pastu terus ke masjid Ar-Rahman. Cantik dan besar masjid ni dan penuh dengan pelbagai aktiviti mengimarahkan masjid hasil perjuangan minoriti muslim di Liverpool. Dari situ melawat Liverpool FC Stadium dan masuk kedai jualan barang-barang Liverpool FC, beli mug jer buat cenderamata. Dari situ ke Everton FC Stadium pulak kat Goodison Park. Ramai negro kat Liverpool ni dan pekannya dekat kawasan Anfield Stadium dan Goodison Stadium macam pekan Taiping la lebih kurang. Yang menarik kat city centre la sebab bangunan moden dan penuh warna warni.


 
Liverpool FC, Anfield



Dari kanan, Hafizi (lecturer UUM), Zulkhairi (bini dia Azila dari UPSI buat PhD) dan Faizal (lecturer UITM). Semua dah tua, jiwa jer muda....."young at heart"


Yang tengah tu Najib (bini dia dari UPM buat PhD). Yang sadisnya anak dia akan meraung kalau pijak snow, naya punya kes. Mak bapak punya la excited, anak lak buat hal


Everton FC, Goodison Park Stadium. Stadium ni kira-kira 2 km dari Anfield Stadium.
 
mamat yang nampak belakang ni namanya macam anak bongsu aku. Identiti dirahsiakan atas sebab tertentu.

  
Masjid Ar-Rahman, Liverpool

 
Malam di Liverpool City. Jam 2.30 pagi baru sampai balik ke Durham. Dari Durham ke Liverpool lebih kurang 3 jam dan melalui Manchester dulu.

4 comments:

pak.maun said...

Terkejut Mat Salleh Mir...rupanya ada band rock Malaysia. Gambaq tak clear la

pak.maun said...

Woo member kau ni kebanyakkannya membuat MBA ye...beruntungnya badan.

Amir said...

A'a MBA (Membantu Bini Aku). Kalau tak diaorang yang buat PhD, bini diaorang. Dengan budak Master kami tak join sangat sebab dioarang di sini sekejap sangat, setahun jer. Cuma masa main badminton ngan takraw tu sekali la.

pak.maun said...

Oh...itu macam ka, senior aku kata MBA (Menjaga Bini dan Anak). Sebenarnya mir...sayu hati aku nengok gambar anak-anak kau tengah syok mandi dalam tab.