Tuesday, March 2, 2010

Anak sedara baru - Muhammad Suhail


 Tiga minggu lepas satu-satunya adik perempuan aku melahirkan anak kedua yang dinamakan Muhammad Suhail, adik kepada Muhammad Sirhan. Dalam bahasa Afghan, ianya bermaksud bintang. Jadinya, nama itu bermaksud "bintang yang terpuji". Aku dan anak-anak menatapi gambar Suhail ini dari kejauhan dan penuh belas kasihan dan hanya doa yang mampu kami panjatkan. Ini kerana dia lemas ketika dilahirkan dan menyebabkan dia tidak menangis seperti kanak-kanak lain. Dia ditempatkan di dalam ICU Hospital Kulim selama tiga minggu dan makan menggunakan tiub sebab dia tidak pandai untuk menghisap susu badan maknya secara sendiri, mungkin kesan kompilasi ketika kelahiran tersebut. Khabarnya mak sampai demam kerana terkejut sebab keadaan ini boleh memberi kesan kepada pertumbuhan mental dan fizikal.

Namun tadi, alhamdulilah aku mendapat email dari adikku Aziz bahawa Suhail telah dibenarkan keluar dari hospital dan tiada lagi tiub sebab dia sudah boleh menghisap susu badan maknya sendiri dan menangis pun lebih kuat dari abangnya. Kemungkinan besar tiada kesan sampingan yang lain. Terasa bersyukur benar aku dengan perkabaran ini dan janjiku pada anak saudara baruku ni bahawa "......Paklang akan buat kenduri kesyukuran sempena Suhail sihat di rumah Tok di kampung dengan menyembelih seekor kambing sepulangnya Paklang ke Malaysia kelak".

Selepas 6 bulan disini, banyak perkara yang berlaku di Malaysia: mak tak sihat, ramai sedara mara yang berkahwin (Shidah, Ajun (bakal), anak Makngah Minah), ramai jugak yang dah bertambah anak (Siti, Marina, Kak Nor, Zam adik ipar aku), ada yang sakit (bini Pak Nik Pa kena strok) dan sebagainya. Enam bulan berlalu, kami mula kerinduan pada segalanya........      

2 comments:

Marina said...

Abg Amir, bgtau Azie kami dpt anak lelaki selepas 5 x coba... ampa pun camtu gak kot..

amir said...

Tahniah la sebab akhirnya berjaya jugak akhirnya Zam membuktikan kejantanannya. Tapi 1 lawan 4 mana adil, tambah la sorang lagi kot2 dapat lelaki lagi, baru ada geng nak bergumpal. Nak bergumpal dengan satu-satunya anak jantan Rosli tu maklumlah kan...kan, hehehehehehe. Kami, kalau diizinkan tuhan tahun akhir kat sini kot, la ni nak berjalan puas2 dulu. Selalunya 4X mencuba dah kira boleh dapat, kalau 5X tu kira kes luarbiasa la kik...kik....