Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Tercinta



Kali ini adalah kali kedua aku menyambut kemerdekaan negara tercinta di bumi asing ini. Namun, walau jauh beribu batu ingatan terhadap negara dan bangsaku tetap kukuh seperti dahulu. Mendengar lagu ini mengingatkan aku tentang betapa setiap kali keluar negara dan apabila tiba semula di KLIA, aku pasti terasa begitu sayu dan sebak sekali selain berbangga dapat memijakkan kaki sekali lagi di bumi tercinta.

Walau ada cacat celanya negaraku, walau ada gurisan-gurisan panjang pada sejarahnya tetapi untuk memperlekeh dan merendah-rendahkan negaraku tidak sekali-kali. Aku sayangkan negaraku, aku cintakan bangsaku. Persoalannya, cukupkah sekadar bersemangat patriotik, melaung-laungkan ungkapan "merdeka",  atau cukupkah setakat mengalirkan airmata apabila terkenangkan negara atau sewaktu tiba ditanahair?. Sedangkan pada masa yang sama masih ramai anak bangsaku yang merempat dan mengemis di bumi sendiri?, entahkan ada entahkan tidak tanah untuk dikebumikan bangsaku dua dekad akan datang?

Sesungguhnya ada agenda yang belum selesai dan menjadi tanggungjawab kita sebagai anak warisan untuk menyempurnakannya walau terkadang aku merasa sedih melihat ramai anak bangsa yang hanya tahu mengkritik dan memperlekehkan negara sendiri tetapi tidak pula mahu menyumbang untuk negara bangsanya. Buat rakan seperjuangan yang ditakdirkan ilahi untuk berada pada posisi yang sesuai untuk melakukan yang terbaik untuk bangsa dan negara, moga perjuangan kita untuk terus memertabatkan negara bangsa ini akan diberkati. Merdeka!

3 comments:

pak.maun said...

Mir, confirmation M52 ada $$$ back dated ka. Kalau ada berapa?

Amir said...

Banyak gak bang......RM2000 lebih rasanya. Selamat hari raya Ramlee.

pak.maun said...

He..he..he...kalau macam tu alhamdulillah lah, boleh la guna untuk bayar road tax dan insurans kereta tahun depan. Selamat Hari Raya gak Mir, maaf zahir dan batin.