9 bulan lalu sebelum ke sini, telah ke terangkan kepada isteriku bahawa inilah antara harga yang perlu dibayar apabila kami memutuskan untuk ke luar negara. Walaupun kematian insan tidak perlu diratapi kerana ia hanya perpindahan daripada dunia sementara ke akhirat yang kekal, perpindahan kepada suatu keadaan yang lebih baik dari yang sedia ada.......namun sebagai insan yang dikurniakan perasaan manusiawi, maka banyak juga airmatanya yang tumpah di bumi Durham ini......
Sepulangnya kami ke tanahair kelak maka tiada lagi kuih karas istimewa buatan tangan Tok Nab yang menjadi kesukaan anak-anakku, tiada lagi belacan buatannya dan mungkin tiada lagi pukat burung ruak-ruak terpasang di atas batas sawah yang saban malam ku tunggu itu dan yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan kenangan. Bersemadilah Tok Nab dengan tenang dan damai dan semoga Allah SWT menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan diterima disisiNya. Amin.
Seperkara yang kufikirkan, kematian itu sering menjemput golongan adam terlebih dahulu dan meninggalkan isteri mereka yang akan sering terimbau kenangan ketika bersama dalam meniti hari-hari yang berlalu. Kalau sebelah aku, kedua-dua datukku, datuk-datuk saudara, bapa saudara dan ayahku sendiri telah pergi terlebih dahulu meninggalkan nenek, ibu-ibu saudara dan ibuku sendiri maka sebelah isteriku kedua-dua datuknya, bapa saudaranya pun juga sedemikian. Oleh itu, buat mereka yang masih mempunyai suami tempat bermanja, tempat mengadu dan tempat mencurahkan rasa, sayangi dan hormatilah mereka kerana suasana pasti sangat berbeza tanpa mereka buat selama-lamanya..............
O soul that art rest,
return to thy Lord, well-pleased, well-pleasing,so enter among My servants,
and enter My Garden
return to thy Lord, well-pleased, well-pleasing,so enter among My servants,
and enter My Garden
( Al-Fajr [89]:27-30).
No comments:
Post a Comment