Friday, September 10, 2010

Aidilfitri kedua di perantauan

Hari ini, Jumaat 10 September 2010 adalah sambutan aidilfitri di Durham. Ini kali ke-2 aku menyambut aidilfitri di perantauan walaupun baru setahun di sini. Seperti biasa kami sekeluarga bersembahyang hari raya di Howland Farm, Ustinov. Habis sembahyang dan sesi bergambar bersama keluarga Melayu lain, aku terus ke rumah Syahmi di Newton Hall untuk berhari raya.

Petang jam 3 pula ke Keenan House untuk majlis hari raya warga melayu. Kali ni bini aku buat lemang dengan rendang ayam sebagai menu potluck. Lemang UK ni simple jer, masak pulut dan seterusnya gulung dalam daun pisang dan balut dengan aluminium foil pastu bakar dalam oven. Bermacam-macam acara dari anak-anak sampai mak ayah diadakan untuk memeriahkan suasana hariraya walaupun jauh di sudut hati sana, ada rasa kesayuan terutama bila mak menangis bila aku telefon untuk ucap selamat hari raya pagi tadi. 

Persembahan dari pelajar Sekolah Melayu Bowburn, dah besar anak sulung aku..
 Lemang Made in UK



5 comments:

Razi said...

Kreatif cara buat lemang kat UK.rase sade tak?

"Eidul Mubarak wal Faizin,kullu 'am wa wantum bikhair"

Anonymous said...

Salam Mir,

Kau baik ke dgn adik Puan Nik Hafsah...satu uni dgn kau dan buat PHD jugak. Hari tu aku borak2 dgn Pn Nik, cakap kau kat Durham..dia bagi tau adik dia pun kat situ, Nik Hafizi ke (aku tak ingat).
Selamat Hari Raya utk kau sekeluarga (dah penghujung syawal)

Noor Aida

Monamie said...

en amir! anak sulung dah besar, maksudnya en amir dah tua! heeeee

peace! ;)

Amir said...

Razi, kat mana sekarang?, masih MKD?.

Aida: aku dah check, adik dia memang university sama aku tapi dia tinggal kat London. Kawin ngan minah salleh khabarnya.....

Intan: Bila mau berangkat Australia?

Razi said...

MKD dah dalam kenangan. Sekarang di perolehan pulak.