Wednesday, March 30, 2011

Tulip biniku......

Setakat hari ni sudah 4 kuntum yang kembang
 

Masih belum kembang sebab agak terlindung dari matahari
 

Tulip berwarna merah dan kuning ditanam oleh bini aku pada September/Oktober 2010. Ada lebih 20 kuntum semua sekali yang hidup. Isk, heran aku......awat la bini aku suka bunga-bunga kebelakangan nie.

Sunday, March 27, 2011

Catatan luka.....

Catatan untuk anak bongsuku si Cami,

Jumaat, 25 April 2011, jam 9.30 malam.

Pada tarikh ini kepala Cami luka kerana terhantuk pada heater ketika main dengan kawan-kawan. Ayah tahu anak ayah yang ni memang buas macam peluru bila main dengan kawan-kawan sebaya. Jam 10.55 malam ayah bawa ke Wad Kecemasan, University Hospital, Durham dan hampir jam 2.45 pagi baru dapat rawatan. Cami dah tertidur ketika doktor cuci luka dan tampal untuk kecilkan lubang luka. Menurut Doktor, luka ini agak dalam dan parut ini akan kekal dan inilah parut pertama Cami di UK. 

Bila Angah tengok Cami luka dia pun tak lalu menjamah makanan dan sangat risaukan Cami. Ingat, walaupun Angah nampak macam keras dengan Cami, tapi dia sangat sayangkan Cami sebagai adik dia.
 
Ini luka Cami dan ayah sapukan minyak gamat
Di Durham University Hospital
Ahad, 27 April 2011, ayah bawa bergambar dengan bunga daffodil di Sherburn
 
Di tepi laut Seaham, Sunderland

Monday, March 14, 2011

Men life begins at forty


Babak 1

Indahnya hari ini, mentari memancar ceria, bunga-bunga pelbagai warna berkembangan dan angin sepoi-sepoi bahasa,.....metafora seorang lelaki yang menginjak umurnya menghampiri umur 40 tahun , usia yang ditakuti oleh para isteri. Semalam isteriku buat sambutan kecil untuk ulang tahun kelahiranku ini dengan menu laksami, kek, lasagna, pengat pisang serta beberapa menu lain termasuk steambot dan cheese cake dari kenalan. Pagi ini ketika berbicara dengan isteriku tentang "men life begins at forty", isteriku berkata......"nasib baik umur 40 kat UK...", mungkin maksudnya tahun depan bila umurku mencecah 40 tahun, aku masih di sini dan di bawah kelopak matanya........maka jawapku, "sesetengah orang men life begins at forty tu bermula  pada usia 40 tahun dan berakhir beberapa tahun kemudian tapi ada juga yang bermula ada usia 40 dan berakhir pada usia 50 tahun atau lebih, bukannya dari 13 Mac 2011 hingga 13 Mac 2012 sahaja, sindrom ini berbeza ikut orang........maka katanya, "ye ke, mak oi lamanya....". Aku senyum penuh gatal dan berlalu ke dapur untuk makan laksami semalam................


Babak 2

Musim bunga telah tiba namun suhu masih jua agak sejuk (10 celcius) walau matahari bersinar terang. Aktiviti bolasepak makin rancak selain badminton dan takraw setiap minggu. Minggu ke-2 April bentangkan paper di Doctoral Colloquium, British Accounting Association di Aston University. Minggu ke-3 April, seperti yang lepas-lepas "pengembaraan bermula" dan minggu ke-4 April mak aku tiba di UK. First empirical chapter hampir siap, mungkin minggu ke-4 ada perjumpaan SV.


Bila pokok ini mula mengeluarkan bunga, maknanya musim bunga yang indah telah tiba