Monday, March 14, 2011

Men life begins at forty


Babak 1

Indahnya hari ini, mentari memancar ceria, bunga-bunga pelbagai warna berkembangan dan angin sepoi-sepoi bahasa,.....metafora seorang lelaki yang menginjak umurnya menghampiri umur 40 tahun , usia yang ditakuti oleh para isteri. Semalam isteriku buat sambutan kecil untuk ulang tahun kelahiranku ini dengan menu laksami, kek, lasagna, pengat pisang serta beberapa menu lain termasuk steambot dan cheese cake dari kenalan. Pagi ini ketika berbicara dengan isteriku tentang "men life begins at forty", isteriku berkata......"nasib baik umur 40 kat UK...", mungkin maksudnya tahun depan bila umurku mencecah 40 tahun, aku masih di sini dan di bawah kelopak matanya........maka jawapku, "sesetengah orang men life begins at forty tu bermula  pada usia 40 tahun dan berakhir beberapa tahun kemudian tapi ada juga yang bermula ada usia 40 dan berakhir pada usia 50 tahun atau lebih, bukannya dari 13 Mac 2011 hingga 13 Mac 2012 sahaja, sindrom ini berbeza ikut orang........maka katanya, "ye ke, mak oi lamanya....". Aku senyum penuh gatal dan berlalu ke dapur untuk makan laksami semalam................


Babak 2

Musim bunga telah tiba namun suhu masih jua agak sejuk (10 celcius) walau matahari bersinar terang. Aktiviti bolasepak makin rancak selain badminton dan takraw setiap minggu. Minggu ke-2 April bentangkan paper di Doctoral Colloquium, British Accounting Association di Aston University. Minggu ke-3 April, seperti yang lepas-lepas "pengembaraan bermula" dan minggu ke-4 April mak aku tiba di UK. First empirical chapter hampir siap, mungkin minggu ke-4 ada perjumpaan SV.


Bila pokok ini mula mengeluarkan bunga, maknanya musim bunga yang indah telah tiba







   

4 comments:

chuaharris said...

Amirrrrrr, bila aku baca posting engkau ni aku rindu nak balik UK, seronoknya bila musim bunga tiba. Aku rindu kan fresh milk, farmasi boots, strawberry, cheese, pizza dan...

chuaharris said...

Amir kalau tension-tension, atau otak black out cuba lah tengok movie Hantu Kak Limah balik rumah arahan mamat khalid dalam youtube, kelakar giler beb. Yang paling aku tak tahan bab bomoh dari Indonesia...

Amir said...

Ramlee, dengar cerita umur had Phd dah naik ke 45, betul ke?. Kalau yer, masih banyak masa untuk hang. Musim bunga tiba awal tahun nie, cumanya area sini masih belum banyak lagi.....

chuaharris said...

Dr. Amir, aku dah lepas PTK 5, dapatlah lulus. Tapi bila mu balik nanti, dah tak de semua ni. Insya Allah nanti aku akan cuba apply Phd lagi untuk sambung macam engkau jugak. Sekarang ni aku nak concentrate on my post dulu, dah stabil nanti...aku on lah