12 June 2011, Pija anak Paklong Jaafar kahwin. Kebetulan aku call adik aku si Aziz malam sebelum kenduri dan sayunya hati ini mendengar akan keriuhan suasana malam kenduri kenduri dicorong telefon.........jika disana mungkin tika itu aku sedang menikmati bihun sup tulang lembu atau sibuk bergebang dan buat lawak dengan saudara mara atau mungkin juga tengah main terup dengan Pakngah Din, Pakcik Leman dan lain-lain. Manis sungguh kenangan.....
Bulan Oktober ini genap dua tahun ku tinggalkan tanahairku demi meneroka lembaran baru dalam babak kehidupan, lembaran yang penuh dengan segala macam rasa.........suka duka silih berganti. Ramai yang telah pergi tanpa dapat aku menatap wajah mereka buat kali terakhir. Toksu Che Amat (anak bongsu keturunan Budin) dan Paklang Tapa antara yang paling rapat yang pergi dan tak kembali. Moga diterima mereka itu disisiNya. Makin ramai yang dah berkahwin dan makin bertambah saudara mara aku dengan anak-anak yang baru dilahirkan.
Jika aku yang mak ada datang bulan lepas juga masih merindui, apatah lagi agaknya isteriku. Aku tahu dia amat rindukan mak ayah dia terutama selepas Tok Nab kembali ke rahmatullah tidak lama dahulu. Tapi tidak walau sekali dia merungut atau meminta untuk balik ke Malaysia. Mungkin dia tidak mahu memeningkan kepalaku. Terima kasih atas kesabaranmu wahai isteriku, akan kupahatkan namamu dalam thesisku. ......
Annual Review (21 month) dah selesai begitu juga 1st empirical chapter yang tengah di edit oleh SV untuk dihantar ke journal. Minggu lepas aku mula dengan 2nd empirical chapter dan moga-moga ianya juga berjalan lancar. Aku ingin segera pulang walau aku tahu bekerja tidak sama dengan belajar. Ketenangan disini takkan sama dengan yang menanti. Aku tetap ingin pulang tapi dengan kejayaan kerana ianya akan lebih manis untuk dikenang............nanti keceritakan kaitan ayahku dengan PhD ini.
semoga kekallah kenangan-kenanganku buat selamanya, seumpama mutiara peristiwa yang teruntai..
Thursday, June 16, 2011
Sunday, May 8, 2011
Lawatan Musim Bunga - 2
Lawatan Musim Bunga
21 April hingga 4 Mei, Mak aku dengan Maklang Ramnah datang ke UK dengan Airasia. Bawa berjalan-jalan sekitar Durham, Sunderland, Newcastle, carboot pelbagai tempat, Edinburgh di Scotland, Cambridge dan akhirnya Kota London sebelum ke Stansted untuk balik ke Malaysia. Banyak bekalan yang dibawa termasuk ikan belanak masin kegemaran aku, petai, jering, laksami.......
![]() |
| Carboot Sedgefield |
| Tower Bridge, London |
| London Eyes |
| Hari sampai, kenduri sakan aku dalam bilik kat Travelodge |
| Bumi Durham sedang menguning, rapeseed |
| Cherry Blossom |
BAFA Doctoral Colloquium 2011 - Aston University
11-12 April 2011
Bentang paper di BAFA (British Accounting and Finance Association), Annual Doctoral Colloquium 2011, Aston University, Birmingham. Segalanya berjalan lancar dan ada jumpa dan kenal dengan ramai Phd student dari pelbagai universiti di UK. Juga ada jumpa Dr. Jill Solomon (Cardiff University) yang hampir-hampir jadi supervisor aku jika aku ke Cardiff tempohari. Aku bentang empirical findings dari first chapter selama 20 minit dan 10 minit Q&A, jenuh gak nak menjawab.......
Bentang paper di BAFA (British Accounting and Finance Association), Annual Doctoral Colloquium 2011, Aston University, Birmingham. Segalanya berjalan lancar dan ada jumpa dan kenal dengan ramai Phd student dari pelbagai universiti di UK. Juga ada jumpa Dr. Jill Solomon (Cardiff University) yang hampir-hampir jadi supervisor aku jika aku ke Cardiff tempohari. Aku bentang empirical findings dari first chapter selama 20 minit dan 10 minit Q&A, jenuh gak nak menjawab.......
![]() |
| Dr. Jill Solomon, Cardiff University. |
Wednesday, March 30, 2011
Tulip biniku......
Sunday, March 27, 2011
Catatan luka.....
Catatan untuk anak bongsuku si Cami,
Jumaat, 25 April 2011, jam 9.30 malam.
Pada tarikh ini kepala Cami luka kerana terhantuk pada heater ketika main dengan kawan-kawan. Ayah tahu anak ayah yang ni memang buas macam peluru bila main dengan kawan-kawan sebaya. Jam 10.55 malam ayah bawa ke Wad Kecemasan, University Hospital, Durham dan hampir jam 2.45 pagi baru dapat rawatan. Cami dah tertidur ketika doktor cuci luka dan tampal untuk kecilkan lubang luka. Menurut Doktor, luka ini agak dalam dan parut ini akan kekal dan inilah parut pertama Cami di UK.
Bila Angah tengok Cami luka dia pun tak lalu menjamah makanan dan sangat risaukan Cami. Ingat, walaupun Angah nampak macam keras dengan Cami, tapi dia sangat sayangkan Cami sebagai adik dia.
![]() |
| Ini luka Cami dan ayah sapukan minyak gamat |
![]() |
| Di Durham University Hospital |
| Ahad, 27 April 2011, ayah bawa bergambar dengan bunga daffodil di Sherburn |
| Di tepi laut Seaham, Sunderland |
Monday, March 14, 2011
Men life begins at forty
Babak 1
Indahnya hari ini, mentari memancar ceria, bunga-bunga pelbagai warna berkembangan dan angin sepoi-sepoi bahasa,.....metafora seorang lelaki yang menginjak umurnya menghampiri umur 40 tahun , usia yang ditakuti oleh para isteri. Semalam isteriku buat sambutan kecil untuk ulang tahun kelahiranku ini dengan menu laksami, kek, lasagna, pengat pisang serta beberapa menu lain termasuk steambot dan cheese cake dari kenalan. Pagi ini ketika berbicara dengan isteriku tentang "men life begins at forty", isteriku berkata......"nasib baik umur 40 kat UK...", mungkin maksudnya tahun depan bila umurku mencecah 40 tahun, aku masih di sini dan di bawah kelopak matanya........maka jawapku, "sesetengah orang men life begins at forty tu bermula pada usia 40 tahun dan berakhir beberapa tahun kemudian tapi ada juga yang bermula ada usia 40 dan berakhir pada usia 50 tahun atau lebih, bukannya dari 13 Mac 2011 hingga 13 Mac 2012 sahaja, sindrom ini berbeza ikut orang........maka katanya, "ye ke, mak oi lamanya....". Aku senyum penuh gatal dan berlalu ke dapur untuk makan laksami semalam................
Babak 2
Musim bunga telah tiba namun suhu masih jua agak sejuk (10 celcius) walau matahari bersinar terang. Aktiviti bolasepak makin rancak selain badminton dan takraw setiap minggu. Minggu ke-2 April bentangkan paper di Doctoral Colloquium, British Accounting Association di Aston University. Minggu ke-3 April, seperti yang lepas-lepas "pengembaraan bermula" dan minggu ke-4 April mak aku tiba di UK. First empirical chapter hampir siap, mungkin minggu ke-4 ada perjumpaan SV.
| Bila pokok ini mula mengeluarkan bunga, maknanya musim bunga yang indah telah tiba |
Subscribe to:
Posts (Atom)





