Hari ini 17 Disember 2009 adalah ulang tahun kelahiran Angah yang ke-7 dan hari ini juga salji turun buat pertama kalinya. Waktu pagi tak lebat sangat sebab bercampur dengan hujan tapi mulai jam 3 petang sampai malam, salji turun dengan lebat hingga memutih semua jalan. Anak-anak aku dan jiran termasuk anak orang putih ramai yang keluar main salji dari jam 7 sampai jam 9 malam. Ini pengalaman pertama kami sekeluarga. Semua nampak teruja termasuk bini aku, siap buat mini snowman lagi dengan anak-anak. Mungkin orang yang dah biasa dengan salji tak terasa apa-apa pun tapi aku rasa sangat hebat keajaiban ciptaan tuhan ini dan romantik sungguh suasana hari ini.......Habis main salji kami buat sambutan harijadi untuk Angah tapi macam biasa bila menyanyi mesti kena sebut jugak nama Along dan Si Cami, kalau tak merajuk panjanglah jawabnya. Atas kek pun kena tulis nama ketiga-tiga orang Awang nie.
Happy birthday Angah.....moga menjadi anak yang baik yang menyejukkan hati ayah dan mama.......
Si Cami bersama mini snowman....hidung pun dah merah sebab main salji lama sangat
Angah dengan senyuman tanpa gigi depan....
Three Stooges....
Dua-dua gambar kat atas ni bini aku tujukan khas buat Unit 03....salam snow buat semua
Along, Nabhan, Joe dan Adik Joe....beg plastik kat tangan Along tu penuh ngan salji.
Dah anak teruna anak sulung aku nie, dah tua rupanya aku yer...isk
Along dan kawan-kawan (sebelah kiri Zakuan, anak Zakaria MITI) main salji kat belakang rumah
Amin dengan anak dara cun Bowburn (Tiah, Nursaibah dan Sumayyah)
Anak dara lagi.....
No comments:
Post a Comment