Saturday, December 19, 2009

Salji hari ke-2

Hari ini 19 Disember 2009, hari ke-2 turunnya salji di Durham. Hari ini juga komuniti Melayu Durham mengadakan sambutan Maal-Hijrah di Common Room, Keenan House. Ada ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Jailani, sajak dan jamuan makan secara potluck. Dari pagi tiada salji baru yang turun, cuma yang malam tadi masih memutih. Lebih kurang jam 4 petang, tiba-tiba saja salji macam rama-rama atau nama saintifikmya snow flakes turun melayang-layang macam kapas. Salji ni lembut sangat dan saiznya lebih kurang macam rama-rama tapi nipis dan lembut macam kapas. Cantik sungguh tak dapat aku nak gambarkan. Penuhlah padang depan Keenan House tu pakat dok ambik gambar. 10 minit lepas tu baru salji yang paling lebat turun, tak sampai 45 minit dah hampir 2 inci tebalnya. Bila habis turun lebih kurang 4-5 inci tebalnya dan bermulalah pesta kanak-kanak. Main baling snowball, ada yang buat giant snowball dengan menggulingkan salji, ada yang naik slider (macam upih), ada yang buat snowman, macam-macam. Riuh rendah main salji. Rupa-rupanya baru aku tahu, dalam 5 tahun kebelakangan ni, tahun inilah salji yang paling lebat. Semua yang jumpa aku kata kami ni nasib baik sebab tahun pertama dah rasa salji camni. Masa balik semua berkonvoi dalam 10 biji kereta, ada kereta yang terpaksa ditolak sebab jalan licin. Depan rumah aku tak nampak apa, semua jalan putih, bumbung rumah dengan bumbung kereta semua putih dengan salji.Pendek kata, setakat 4 bulan di UK, hari ni mungkin hari paling indah buat kami.....


Potluck sempena sambutan Maal Hijrah


Ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Jailani

Snowflakes melayang macam rama-rama...



Tengah sejuk pun nak buat Ultraman jugak...





Dengan Zul Keenan...



Kat kawasan bawah disini salji paling tebal..


Along dengan dua giant snowball yang dia buat


Tolong Angah buat giant snowball (ayah dia pun seronok jugak...)








Berkonvoi balik Bowburn....


Dengan Nasoruddin lepas balik sembahyang jumaat.....padang kat Old Elvet

No comments: