semoga kekallah kenangan-kenanganku buat selamanya, seumpama mutiara peristiwa yang teruntai..
Monday, January 4, 2010
Hujan Emas.....Hujan Batu Siri ke-2
Kat akhbar Malaysia semalam. Tempat ni tak jauh dari rumah, lebih kurang 15km, dekat dengan kawasan High Force Waterfall. Summer nanti baru cadang nak pegi....
High Force Waterfall, England's largest waterfall
Kat sana: Bayar dulu baru isi minyak kereta
Kat sini: Isi dulu baru masuk bayar kat dalam kedai.....mula-mula confuse gak. kalau brutal isi penuh-penuh blah jer la......hehehehe...tak lama pastu ada la mamat polis ketuk pintu rumah
Kat sana: Isi angin tayar free jer....ada kat semua petrol station
Kat sini: Isi angin pun kena bayar (50 pence untuk 4 minit) tapi kalau kat station minyak milik pasaraya cam Tesco ker free jer (Kat sini pasaraya cam Tesco, Asda, Sainsbury semua ada stesen minyak sendiri.....harga petrol antara stesen minyak tak sama, paling murah milik Tesco, beza 3-4 pence seliter)
Argos, salah satu Hypermarket di sini
Kat sana: Post office untuk urusan pos....
Kat sini: Post office macam bank siap ada currency exchange. Kalau tukar duit, mohon online jer, nanti dicampaknya duit yang ditukar tu dalam sampul surat ke dalam rumah kita ikut lubang pos kat pintu depan....hehehehehe, macam takder harga jer setakat GBP500 tu....apa la depa ni, loglaq betui
Kat sana: Kalau tuan rumah kata nak buat teh....maka teh la yang kita dapat
Kat sini: Kalau tuan rumah (mat saleh) kata nak sediakan teh....maksudnya lunch/dinner
Kat sana: Konsep cash back dan online diskaun belum meluas
Kat sini: Semua transaksi ada cashback dan online diskaun. Contohnya, tukar duit kat Post Office tak pasal-pasal masuk akaun GBP3 sebagai cash back. Tapi kena tunggu 3 bulan la. Hari tu beli insuran kereta dapat balik cashback GBP80. Pendek kata asal saja urusan tu melibatkan online mesti ada cash back dan diskaun.
Kat sana: Banyak urusan kalau nak beli kereta
Kat sini: Beli kereta macam beli ayam kat pasar.....kat tepi jalan pun ada orang persendirian yang jual kereta sendiri terutama hari ahad. Bayar masa tu jugak terus ambik kunci dan jalan......mungkin semua maklumat ada dalam centralised systems
Kat sana: Masih ada privacy
Kat sini: Ikut kajian, sehari lebih kurang 300 kali muka kita masuk CCTV. Dimana-mana saja ada CCTV.....takut bayang-bayang sendiri depa ni
Kat sana: Selalu gak ada police roadblock
Kat sini: Tak pernah ada roadblock. Mungkin sebab mamat polis hanya masukkan nombor plat kereta kita dalam laptop dia semua maklumat ada seperti bila roadtax tamat, MOT (Puspakom), lesen valid atau tidak....semua ada
Kat sana: Boleh naik kereta lebih 5 orang
Kat sini: Anak kecil pun kira satu seat......tu yang malas nak suruh bini aku beranak, kang kena beli MPV lak....
Kat sana: Beli barang bila dah guna payah nak tukar balik
Kat sini: Beli barang macam baju ker, TV ker....guna la dulu 2 minggu ker pastu pi la tukar balik. Sepatah haram pun cashier tu tak kata apa....terus jer bagi balik duit penuh..... (Pak Arab paling tak senonoh, hari boxing day dikautnya barang penuh 2-3 trolley, balik rumah pilih yang elok-elok, yang tak berkenan esoknya mari tukar balik.....)
Kat sana: Manyak tol
Kat sini: Tol tarak (kalau ada pun yang melibatkan terowong. Tu pun jarang sangat). Cuma yang ada "congestion charge" kalau nak masuk London. Itupun beli online jer, bukan ada pondok tol untuk check pun. Kalau berani redah jer.....kena saman cuma kalau dia ada spot kereta kita tu melalui CCTV dia.....
Kat sana: Lampu isyarat terus, kiri dan kanan
Kat sini: Lampu isyarat ke kanan takder.......
Kat sana: Kurang berdisplin bawak kereta terutama time jem
Kat sini: Terlebih displin, kadang-kadang naik menyampah aku. Ader ker jem kadang sampai 50 meter lorong kiri, tapi lorong sebelah tu kosong jer,cumanya hujung jalan nanti kena cilok kekiri balik la, tapi masalahnya takder pulak yang nak cilok. Kalau kita tak sabar, boleh cilok takder masalah.....tapi semua pemandu lain pandang kita macam kita nie dari planet lain.....pastu sepanjang jalan rasa berdosa jer hehehehehe....tak sanggup aku nak buat lagi kat sini!!!....
Kat sana: Konsep freecycle takder lagi
Kat sini: Macam-macam boleh dapat free.....malas ngan tak malas jer nak pi ambik. Semua diaorang offer free, TV, video, hi-fi, pakaian, almari, peti ais, mesin basuh, dapur, lampu, mainan, sofa, meja makan......yang paling lawak kayu sangkut baju pun ada yang offer. Setakat ni yang belum ada orang offer kereta, kalau ada aku la orang pertama mintak.....
Kat sana: Farmasi ngan klinik tempat sama
Kat sini: Klinik tempat lain, farmasi tempat lain. Satu lagi punya la susah nak dapat antibiotik, demam dah seminggu baru dia bagi. Antibodi konon...tah-tah kedekut
Kat sana: Navigation systems terhad untuk jalan sahaja
Kat sini: Setiap rumah, tempat, kilang dan apa-apa tempat pun guna sistem poskod khas. Contohnya, untuk kerumah kami dari London (6 jam), masukkan jer poskod DH6 5AZ dan nombor rumah 9 kat dalam navigator dan sistem akan guide sampai depan rumah.... benda tu lah mula-mula sekali aku beli bila sampai sini...takut sesat sebab bulatan terlalu banyak...
Panjang dah ni.....nak nak baca buku lak. Alamak, cerita best pulak kat Channel five USA, camner nie? ala.....baca buku tu bebila pun boleh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment