Wednesday, February 24, 2010

Cara mandi dimusim sejuk

Ini la cara memandikan anak-anak dimusim sejuk setiap 4 hari.......riuh rendah dibuatnya.

 

 

Kepala Ikan Salmon

Antara banyak-banyak ikan kat UK ni yang paling murah dan paling sedap kepala ikan Salmon. Kalau kat Malaysia, kepala ikan lagi mahal dari badan kat sini terbalik. Mat Saleh tak makan kepala ikan dengan isi bahagian perut bawah ikan tu. Diaorang buang jer dalam tong sampah. Khabarnya tiga tahun lepas kepala ikan Salmon tu ambik free jer, tapi dah ramai Melayu kat sini minta, peniaga pun jual la sekarang ni harga 50 pence satu kepala.

Minggu lepas aku ke Market Hall dekat dengan Market Place untuk cari kepala ikan Salmon ni. Tengok ada 8 ketul lagi, aku beli la 6 ketul yang besar-besar punya. Esoknya bini aku buat asam pedas kepala ikan Salmon, mak oi sedapnya. Rasa ikan Salmon ni sama macam ikan patin lebih kurang dan berlemak. Paling sedap kalau buat asam pedas atau kari atau goreng jer. Nak jadi cerita, hari Sabtu (20.02.2010) kami pergi ramai-ramai ke rumah Hafizi untuk belajar pasang camping tent dan bini dia buat pulak gulai kepala ikan Salmon, Along belasah 2 pinggan. Aku kata kat bini aku, sapa dari Malaysia datang sini kami akan jamu kepala ikan Salmon tapi jangan la beritahu harganya..........

 
GBP 3.00 semua sekali

 
Gulai kepala Ikan Salmon..........

Tuesday, February 23, 2010

Re'search" di Liverpool



Mamat ni dah tua pun power lagi.....


Ahad (21 Februari 2010) ke Liverpool untuk mere"search" kat Cavern Hall dengan Syahmi, Najib, Faizal, Zulkhairi dan Hafizi. Aku sebenarnya malas betul nak pergi sebab orang berjiwa sentimental ni mana sesuai ngan lagu rock, kalau M.Nasir ke baru masuk. Search ni cuma lagu Isabella je yang aku suka. Tapi kawan-kawan ajak jugak dan kebetulan ada satu seat kosong, so join gak la, tak pergi kang anti-sosial lak. Lagipun aku teringin nak tengok Liverpool City dan yang paling menarik diaorang nak ke Liverpool FC. So bertolak la jam 11 pagi naik Stream Hafizi. Sampai awal dan makan KFC halal dulu dan siap beli bawak balik kat anak bini. Pastu terus ke masjid Ar-Rahman. Cantik dan besar masjid ni dan penuh dengan pelbagai aktiviti mengimarahkan masjid hasil perjuangan minoriti muslim di Liverpool. Dari situ melawat Liverpool FC Stadium dan masuk kedai jualan barang-barang Liverpool FC, beli mug jer buat cenderamata. Dari situ ke Everton FC Stadium pulak kat Goodison Park. Ramai negro kat Liverpool ni dan pekannya dekat kawasan Anfield Stadium dan Goodison Stadium macam pekan Taiping la lebih kurang. Yang menarik kat city centre la sebab bangunan moden dan penuh warna warni.


 
Liverpool FC, Anfield



Dari kanan, Hafizi (lecturer UUM), Zulkhairi (bini dia Azila dari UPSI buat PhD) dan Faizal (lecturer UITM). Semua dah tua, jiwa jer muda....."young at heart"


Yang tengah tu Najib (bini dia dari UPM buat PhD). Yang sadisnya anak dia akan meraung kalau pijak snow, naya punya kes. Mak bapak punya la excited, anak lak buat hal


Everton FC, Goodison Park Stadium. Stadium ni kira-kira 2 km dari Anfield Stadium.
 
mamat yang nampak belakang ni namanya macam anak bongsu aku. Identiti dirahsiakan atas sebab tertentu.

  
Masjid Ar-Rahman, Liverpool

 
Malam di Liverpool City. Jam 2.30 pagi baru sampai balik ke Durham. Dari Durham ke Liverpool lebih kurang 3 jam dan melalui Manchester dulu.

Wednesday, February 10, 2010

Toy'r'us & IKEA

Minggu lepas (ahad), 31 Januari 2010 bawak anak bini jalan-jalan kat Newcastle dekat Metro Centre. Mula-mula pergi Toys 'r' us untuk tengok toys apa anak-anak orang putih suka main. Masuk dalam, mak oi besarnya gudang mainan, macam-macam ada. Teringat aku kecik-kecik dulu, bila minta kat ayah untuk beli mainan, mesti ayah akan kata "......nanti ayah beli seraga Ah Guan". Cina Ah Guan ni popular kat kampung aku sebab dia ni pembeli kelapa, ayam dan macam-macam lagi. Time aku kecik dulu, pernah aku ambik kelapa yang luruh kat tanah dia, pastu pergi jual kat dia balik.....hehehheheeee. Bini si Ah Guan ni dah lari tinggalkan dia dan Ah Guan ni yang istimewanya tak pernah tukar baju dan seluar. Dari aku kecik sampai dah tua, dia asyik pakai singlet pagoda dengan seluar pendek besar paras lutut. Pastu kayuh basikal tua dia dengan raga besar untuk bawa kelapa dengan ayam/itik. Bila dia jumpa aku jer mesti dia akan kata ayat nie......"pek long si.....idung kepek tarak isi.....". Sekarang dia dah tua dan tinggal kat pekan Pantai Remis ngan anak dia kot. Rumah lama dia tempat aku melastik burung pun dah jadi hutan. Dulu itu la tempat aku sepanjang hari, macam-macam aktiviti dari melastik burung, mandi parit sampai panjat pokok rambutan yang memang banyak kat tanah dia.


Dari situ kami ke IKEA yang  tak jauh dari Toys 'r' us. Kalau di Toys 'r' us Si Cami rambang mata, kat IKEA bini aku rambang mata ngan telinga sekali hehehehehee......takperlah sekali sekala. Besarnya IKEA ni mungkin sekali ganda kat KL tu dan barangannya memang pelik-pelik dan tak pernah tengok. Memang la orang kata UK nie syurga untuk kaki shopping. Untuk aku yang cukup-cukup makan ni, tumpang seronok tengok orang beli dah la. Keluar dari IKEA, makan kat Mcdonald dan terus ke ASDA beli barang dapur termasuk Easter chocolate kat bawah tu. Harganya 1 pound jer.





Tertidur si Cami tunggu mak dia jamu mata


Easter chocolate

Aktiviti Sekolah Melayu Bowburn (SMB)

Sekolah Melayu Bowburn (SMB) ditubuhkan atas kesedaran untuk memastikan anak-anak warga Melayu di Bowburn tidak ketinggalan dalam subjek BM apabila pulang ke tanahair dan juga subjek pendidikan agama islam. Bini aku salah seorang cikgunya untuk anak-anak yang belum pandai membaca dalam BM.  Bagi mendapat dana untuk beroperasi (beli buku, photostat, kertas, toner dll), sebulan atau dua bulan sekali SMB akan mengadakan jualan kuih-muih dengan harga 1 pound sebungkus dan anak-anak SMB akan membuat jualan dari rumah ke rumah warga Melayu di Bowburn. Pada 20 Januari 2010, rumah aku menjadi pusat operasi membuat dan membungkus kuih-muih tersebut.








Padan la laku....guna anak dara jadi jurujual. Along tak tau nak pilih yang mana, semua lawa-lawa.....

Lega sikit


 bilik perjuangan yang belum selesai

Lately ni sibuk betul pasal 3rd assignment yang dah pun dibincangkan pagi tadi dengan kedua-dua supervisor aku tu dan alhamdulilah okay dan tak banyak masalah. Blog pun dah seminggu tak sentuh macam bini gak hehehehee...... Seterusnya sampai hujung minggu ni bagi membalas dendam dan menunaikan hak anggota badan, maka sehelai mukasurat buku pun aku tak mau selak dan malam jer aku nak pi pekena hot chocolate kat Costa dengan geng Costa aku tu. Pastu jam 11 malam jer aku nak tidur sebab dah seminggu lebih aku tidur jam 3 pagi. Minggu ni pulak ketiga-tiga carboot aku nak pergi iaitu kat Sedgefield, Peterlee dan Stanley. Pastu aku nak suruh bini aku buat laksami dengan udang besar yang aku beli kat Fish Quay, Sunderland minggu lepas, buat laksa ikan tuna dan gulai kepala ikan Salmon. Nak relax bebetul....hehehehhe, perit beb buat PhD nie......

Mulai minggu depan baru aku nak tumpu balik untuk 6 month presentation pada 22 Mac 2010 dan 7th meeting pada 24 Februari 2010. Rasanya semakin lama aku semakin kuat menghadapi semua ini.....terima kasih mak atas doa yang tidak putus-putus dan terima kasih buat arwah ayahku kerana mewariskan ketabahan dan kecekalan ini, juga terima kasih kepada bini aku yang satu malam buat 2 gelas besar nescafe kat aku.....


Pakai headcover tak bagi nampak kawasan "cerah bersilau"