Thursday, April 29, 2010

Untuk mak.....

Baru lepas cakap ngan mak dan mak nak tengok gambar-gambar masa ke London tempohari. Ini tambahan gambar-gambar untuk tatapannya. Cucu-cucu mak dah makin membesar tapi bab manja tu masih ada lagi la. Tahun depan mak mari sini, insyaAllah kami bawa pergi London........Sekarang musim bunga dan tak sejuk lagi, siang panjang dan malam pendek. Jam 8.30 malam masih terang dan matahari terbit jam 5.20 pagi. Pokok tak banyak daun tapi penuh dengan bunga-bunga sakura pelbagai warna, cantik sangat. Di sini sakura di panggil Cherry Blossoms dan bunga daffodils dengan bunga tulip yang kat bawah tu pun banyak juga. Jaga kesihatan mak dan jangan lupa makan ubat, insyaAllah kita akan berjumpa lagi.......

 Cucu mak yang ni dah pandai berposing dan nak bergaya. Cakap melayu dah sangat 
fasih dan cakap english pun dah okay.
Cucu mak yang ni macam biasa manjanya belum hilang, cuma dah tak tidur sebilik dengan kami tapi dengan abangnya. Dia dah tembam sikit berbanding dengan di Malaysia. Cakap english masih kurang berbanding si Cami. Dia duduk atas dahan pokok Sakura putih atau white cherry blossoms.
Cucu mak yang ni dah pandai jaga penampilan diri. Berat badan dah turun hampir 5 kilo sejak ke sini. Dah pandai berkawan dan tahun depan dah nak masuk sekolah menengah.

  Berlatarbelakangkan Tower of London
Royal Park, London
St. James Park, London. Terkejut merpati kat sini, dah berpuluh tahun depa tinggal sini tak penah ada orang kejar....hehehehheehe
Kawasan sekitar London Bridge
Bunga tulip Azie, 1 pound untuk tiga pasu
Bunga daffodils
 

Hall Hill Farm, Durham

Sempena cuti sekolah, bapa-bapa Melayu Bowburn bawa anak bini pergi ke Hall Hill Farm, lebih kurang 30km dari rumah. Kiranya macam mini Zoo la dan ada macam-macam binatang. Boleh naik tractor, naik donkey dan macam-macam. Yang paling lawak, si Along dan kawannya Nabhan yang badan besar pun nak naik donkey gak, kesian donkey tu meleret nak bawak diaorang. Sampai sekerat pusingan, donkey yang bawak Nabhan tersenget dan pelana pun tercabut.

 Balik dari Hall Hill Farm, singgah kat picnic area tepi sungai dan menjamu selera ramai-ramai. Air sungai tu jernih tapi punya la sejuk macam ais. Si Angah pulak tak tahan nak membuang, jenuh la aku cari kawasan hutan tersorok sikit......iskkkkkkkkk

Sunday, April 18, 2010

Memori Perjalanan 3 - London hari ke-2

The London Eye
Berlatar belakangkan Houses of Parliament, Big Ben Clock Tower dan Thames River, London 
Trafalgar Square, London City Centre
London Victoria Station, transport hubs for Central London. Kalau kat Victoria Station Damansara, KL tu pasti aku dah order steaks

Dalam bas ke Tower Bridge dan Tower of London. Kat bawah tu, ketiga-tiga mamat dah keletihan dalam tren balik ke Hounslow setelah seharian meronda Kota London.
Yang kami naik bas biasa, bukan bas ni....
Yang lain-lain kat atas-atas tu ada la merasa naik, tapi yang nie eksyen bergambar jer........

Untuk jimat belanja aku ambil one day pass dengan kos GBP17 untuk satu keluarga sebab Angah dan Syahmi percuma. Dengan pass ni boleh naik semua jenis pengangkutan awam di London kecuali hop-in-hop-out bus. Limo kat atas tu dah mestilah tak boleh naik. Memula aku naik Piccadilly Line (Blue Line) di Hounslow Westbound Station berdekatan Heathrow Airport dan setelah melalui banyak station aku turun dan tukar tren di South Kensington station. Pastu aku naik Circle Line (Yellow Line) dan turun kat West Minister station, pusat bandar London. Along heran, dia tanya....."macamana ayah tahu nak datang sini, tukar-tukar keretapi?". Dengan bangganya aku jawap, "....ala senang jer, dulu kan ayah pernah datang London!". Padahal sebenarnya aku pun dah lupa cara guna pengangkutan awam yang berbelit-belit kat sini dan aku main ikut jer budak Indonesia nama Rizki yang aku berkenalan dalam tren masa kat Hounslow tadi sebab dia pun nak turun tempat yang sama.

Dari situ, kami ke Thames River, Houses of Parliament, Big Ben Clock Tower, London Eye, London Aquarium dan seterusnya berjalan kaki ke Trafalgar Square. Kat Trafalgar Square kami dah kelaparan dan ambik keputusan makan kat Restoran Malaysia di situ bernama "Jom Makan Restaurant". Chef dari Malaysia, cuma pelayan minah Saleh. Order masak lemak cili padi udang, kari ayam, satay dll. Aku bagi gred B+ sebab pedas nak mampus, digunanya cili India tu yang pedas sesangat. Harga?...... hehehehehhee.......Kota London beb.

Dari sini naik bas ke Tower Bridge dan  Tower of London (bersebelahan) dan lepak dekat 2 jam gak kat sini. Bila lapar lagi makan pulak Fish & Chip. Cantik sungguh kawasan ni. Selalunya untuk bergambar satu keluarga, aku akan set anak bini dulu dan tanya diaorang kalau ada orang lalu lalang yang bersesuaian untuk diminta ambik gambar kami sekeluarga. Selalunya aku akan cakap "....okay-okay, macamana ada mangsa tak?". Kalau ada diaorang bagitau la. Yang sadisnya kat sini, bila lepas aku cakap camtu jer, sorang budak cina offer untuk ambik gambar sambil tersenyum lebar, rupanya cina malaysia dan dia faham apa yang aku cakap tu.......heheheheheheheeeee.

Balik ke Central London dan ke St. James Park sekali lagi sebab anak-anak suka sangat ke situ untuk bagi makan merpati, itik, tupai dan macam-macam jenis burung pelik-pelik. Dari situ ke Buckingham Palace dan akhirya ke Royal Parks dan seterusnya ambik tren ke Victoria Station. Dari situ naik Piccadilly Line, terus balik Hounslow Station. Semua dah keletihan dalam tren dan sampai ke bilik hotel lebih kurang 8.30 malam. Beli burger kedai Arab untuk makan malam. Esoknya jam 11 pagi kembali ke Durham dan terus ke rumah Zarina untuk makan sempena sambutan hari lahir anaknya. Okay!, stop 2 bulan aku takmau kemana-mana dah, nak baca buku......hehheheheheee  

Thursday, April 15, 2010

Memori Perjalanan 3 - London

London (5 April 2010) - hari pertama

Balik kembara dari Liverpool, Wales, Birmingham dan Stoke aku dah malas nak ke mana-mana dah. Tapi si Fazli (PTD dari JPA, ikut bini buat PhD) pulak offer dua malam tidur free kat Westbound, Heathrow sebab dia tak jadi pergi London kerana bini dia perlu balik Malaysia untuk kutip data. Kata orang rezeki jangan tolak, jadinya pergilah aku ke sana dari 5-6 April 2010. Jam 6 pagi aku dah bertolak dari rumah dan 11 pagi lebih kurang dah sampai London. Hari ni Bank Holiday, cuti satu UK. Jadinya tak perlu bayar caj kesesakan (congested fee) untuk masuk London. Untuk rasa pengalaman memandu di kota Metropolitan London aku pun merayau dengan kereta dan memang mencabar bawak kereta kat London ni. Hari ni cuma ke Harrods, pastu ke Trafalgar Square dan St. James Park.


Musim bunga di St. James Park, London
Kalau campak lipas sure melompat brader tu....

                          Al-Fayed bapa Doddy ada buat Galeri khas dalam Harrods untuk anak dia ngan Lady Diana. Patut la Harrods ni org kaya suka shopping, cantik sungguh. Kami masuk beli apa?......heheheheheh cuma fridge magnet jer, tanda pernah datang Harrods

Memori Perjalanan 2 - hari ke-5

Perjalanan hari ke-5 (Stoke-on-Trent)

Hari terakhir kembara. Tiba dari Birmingham di Stoke waktu petang dan terus ke Tesco beli sayur campur, buah dll dan terus ke Travelodge sebelah lebuhraya untuk bermalam. Malam bini aku masak masak lemak sayur campur dan telur untuk dinner kami. Esoknya terus ke pekan dan kalau Stoke-on-Trent ni tak lain dan tak bukan......pinggan mangkuk Potmeirion. Ada la dua tiga kedai kami pergi dan salah satu tu jumpa rombongan orang Malaysia. Selesai jamu mata dan telinga, bertolak balik ke Durham dan tiba 5.30 petang, 3 jam perjalanan dari Stoke.

Gamaknya kalau takder orang Melayu mau tutup kedai Potmeirion ni....

Wednesday, April 7, 2010

Memori Perjalanan 2 - hari ke-4

Hari ke-4, 29 Mac 2010 (Birmingham)

Mula-mula pergi Stadium Aston Villa dan melawat bekas rumah Paktam Suid (no.64, Heston Road) masa dia tinggal kat UK dulu. Pastu terus beli kebab Arab yang besar tu dan sarapan dalam kereta di Cadbury World. Masuk beli coklat kat Cadbury World ni dan pastu terus ronda-ronda bandar Birmingham yang amat besar ini. Jalan bersimpang siur dan sesak. Singgah Central Mosque dan akhirnya saat yang ditunggu-tunggu bini aku pun tiba, apa lagi kalau bukan Queen Ann factory....... 

Dalam Cadbury World Factory sales
Bekas rumah Paktam Suid
 Sesiapa juga yang pernah ke masjid di bumi asing pasti akan berasa satu perasaan yang sukar digambarkan antara bangga dan sayu terutama bila mengenangkan betapa payahnya perjuangan masyarakat islam untuk membina masjid seperti ini.


Bini aku puas jamu mata hari ni, sakit pinggang aku tunggu......