Thursday, April 29, 2010

Hall Hill Farm, Durham

Sempena cuti sekolah, bapa-bapa Melayu Bowburn bawa anak bini pergi ke Hall Hill Farm, lebih kurang 30km dari rumah. Kiranya macam mini Zoo la dan ada macam-macam binatang. Boleh naik tractor, naik donkey dan macam-macam. Yang paling lawak, si Along dan kawannya Nabhan yang badan besar pun nak naik donkey gak, kesian donkey tu meleret nak bawak diaorang. Sampai sekerat pusingan, donkey yang bawak Nabhan tersenget dan pelana pun tercabut.

 Balik dari Hall Hill Farm, singgah kat picnic area tepi sungai dan menjamu selera ramai-ramai. Air sungai tu jernih tapi punya la sejuk macam ais. Si Angah pulak tak tahan nak membuang, jenuh la aku cari kawasan hutan tersorok sikit......iskkkkkkkkk

No comments: