Wednesday, April 7, 2010

Memori Perjalanan 2 - hari ke-3

Hari ke-3, 28 Mac 2010 (North Wales, Golden Pier, Aberystwyth)

Selepas sarapan roti sardin pagi ni kami round sekitar pekan Portmadog dan juga ke Pormeirion Village iaitu tempat asal orang Italy yang membuat pinggan mangkuk Potmeirion. Ciri-ciri asal perkampungan Italy dikekalkan tapi kami cuma tengok dari luar jer, nak masuk mahal beb......

 Pekan Portmadog (macam pekan Sitiawan lebih kurang)
Pintu masuk ke Potmeirion Village, Portmadog
Pemandangan dalam perjalanan dari Portmadog ke Aberystwyth

Dari Portmadog kami bertolak ke Aberystwyth, kira-kira 2 jam perjalanan ikut jalan kampung. Sepanjang perjalanan melalui kawasan Snowdonia National Park dan juga perkampungan tradisional orang Wales. Di Wales, orang sini bertutur dalam bahasa Celtic dan juga English. Tulisan juga dalam dua bahasa ini dan tulisan Celtic sebenarnya tak banyak guna vowel (a.e.i.o.u). Nama-nama tempat macam Aberystwyth ni memang tergeliat lidah nak sebut dan banyak tempat kat Wales memang namanya pelik-pelik. Sampai di Golden Pier, Aberystwyth jam 2.30 petang dan sampai 6 petang lepak di situ sebelum bertolak pula untuk bermalam di Travelodge, Birmingham.

Dah pandai berfacebook mamat ni....
Gambar-gambar sekitar Golden Pier

Susunan batu pelik kat tepi pantai Golden Pier
Berkenalan dengan student dari Indonesia di sini, sebelah kanan nama Fitri
20 minit aku ajar cara baling batu bagi melompat dalam air baru boleh buat......tak macho la mamat-mamat ni semua

No comments: