Wednesday, December 1, 2010

Sajak Winter 2010

 Winter 2010

Musim lalu kau tiba, kami sekeluarga riang gembira
Snowman dan sledging berbagai gaya
Tak cukup gambar berdiri, berbaring dan tertimbus dalam snow pun ada
Dalton Park, SGIA atau Howland Farms....katakan saja semua kami teroka
Tak cukup digital kamera, Nikon D40 dengan 4GB SD Card aku beli sedaya upaya
Anak-anak pula mantap tubuh badan walaupun ini kali pertama......

Tahun ini kau tiba, kami sekeluarga kurang teruja
Snowman juga berwajah duka, 10 inci punya cerita.....
ke school aku tak pergi, -4 celcius punya kerja
Asssignment tak siap, mampus aku dengan Rabecca
Anak-anak batuk berjela, mak ayah hanya bermain mata

Wahai winter 2010, datangmu ku alu
pergimu juga ku tunggu......
 perutku mula rasa lapar dan ngilu
nasib baik bini aku tengah buat bihun sup kat bawah tu....

5.45 pm
1 Disember 2010
Tengah boring buat assignment












5 comments:

Anggeriksofea said...

Bos,

Dulu bos ada buka taska, kan? Nak minta tunjuk ajar. Saya ingin buka sebuah taska. Boleh dapatkan email bos?

chuaharris said...

Aku tau, engkau mesti sedang sibukkkkk giler la ni kan. Sebab blog kau ni lama dah tak update bro.

Anonymous said...

amir. apa khabar..saje je singgah. salam. sharifah

Amir said...

Salam sharifah......amacam belajar?

Anggerik: amir7203@gmail.com

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Salam 'alaik,

ha, ha, ha! ayat pertama dibaca penuh teruja, ayat seterusnya ditatap penuh percaya bahawa penulis kini bersulam duka, ayat terakhir diyakini bahawa kalian bahagia ;)

hihi.. moga serasi dengan keadaan.

Iffah Ahmad Jailani.
Darlington.