Sunday, May 8, 2011

Lawatan Musim Bunga

21 April hingga 4 Mei, Mak aku dengan Maklang Ramnah datang ke UK dengan Airasia. Bawa berjalan-jalan sekitar Durham, Sunderland, Newcastle, carboot pelbagai tempat, Edinburgh di Scotland, Cambridge dan akhirnya Kota London sebelum ke Stansted untuk balik ke Malaysia. Banyak bekalan yang dibawa termasuk ikan belanak masin kegemaran aku, petai, jering, laksami.......

Carboot Sedgefield

Tower Bridge, London

London Eyes

Hari sampai, kenduri sakan aku dalam bilik kat Travelodge

Bumi Durham sedang menguning, rapeseed

Cherry Blossom
 

BAFA Doctoral Colloquium 2011 - Aston University

11-12 April 2011


Bentang paper di BAFA (British Accounting and Finance Association), Annual Doctoral Colloquium 2011, Aston University, Birmingham. Segalanya berjalan lancar dan ada jumpa dan kenal dengan ramai Phd student dari pelbagai universiti di UK. Juga ada jumpa Dr. Jill Solomon (Cardiff University) yang hampir-hampir jadi supervisor aku jika aku ke Cardiff tempohari. Aku bentang empirical findings dari first chapter selama 20 minit dan 10 minit Q&A, jenuh gak nak menjawab.......



Dr. Jill Solomon, Cardiff University.


Wednesday, March 30, 2011

Tulip biniku......

Setakat hari ni sudah 4 kuntum yang kembang
 

Masih belum kembang sebab agak terlindung dari matahari
 

Tulip berwarna merah dan kuning ditanam oleh bini aku pada September/Oktober 2010. Ada lebih 20 kuntum semua sekali yang hidup. Isk, heran aku......awat la bini aku suka bunga-bunga kebelakangan nie.

Sunday, March 27, 2011

Catatan luka.....

Catatan untuk anak bongsuku si Cami,

Jumaat, 25 April 2011, jam 9.30 malam.

Pada tarikh ini kepala Cami luka kerana terhantuk pada heater ketika main dengan kawan-kawan. Ayah tahu anak ayah yang ni memang buas macam peluru bila main dengan kawan-kawan sebaya. Jam 10.55 malam ayah bawa ke Wad Kecemasan, University Hospital, Durham dan hampir jam 2.45 pagi baru dapat rawatan. Cami dah tertidur ketika doktor cuci luka dan tampal untuk kecilkan lubang luka. Menurut Doktor, luka ini agak dalam dan parut ini akan kekal dan inilah parut pertama Cami di UK. 

Bila Angah tengok Cami luka dia pun tak lalu menjamah makanan dan sangat risaukan Cami. Ingat, walaupun Angah nampak macam keras dengan Cami, tapi dia sangat sayangkan Cami sebagai adik dia.
 
Ini luka Cami dan ayah sapukan minyak gamat
Di Durham University Hospital
Ahad, 27 April 2011, ayah bawa bergambar dengan bunga daffodil di Sherburn
 
Di tepi laut Seaham, Sunderland

Monday, March 14, 2011

Men life begins at forty


Babak 1

Indahnya hari ini, mentari memancar ceria, bunga-bunga pelbagai warna berkembangan dan angin sepoi-sepoi bahasa,.....metafora seorang lelaki yang menginjak umurnya menghampiri umur 40 tahun , usia yang ditakuti oleh para isteri. Semalam isteriku buat sambutan kecil untuk ulang tahun kelahiranku ini dengan menu laksami, kek, lasagna, pengat pisang serta beberapa menu lain termasuk steambot dan cheese cake dari kenalan. Pagi ini ketika berbicara dengan isteriku tentang "men life begins at forty", isteriku berkata......"nasib baik umur 40 kat UK...", mungkin maksudnya tahun depan bila umurku mencecah 40 tahun, aku masih di sini dan di bawah kelopak matanya........maka jawapku, "sesetengah orang men life begins at forty tu bermula  pada usia 40 tahun dan berakhir beberapa tahun kemudian tapi ada juga yang bermula ada usia 40 dan berakhir pada usia 50 tahun atau lebih, bukannya dari 13 Mac 2011 hingga 13 Mac 2012 sahaja, sindrom ini berbeza ikut orang........maka katanya, "ye ke, mak oi lamanya....". Aku senyum penuh gatal dan berlalu ke dapur untuk makan laksami semalam................


Babak 2

Musim bunga telah tiba namun suhu masih jua agak sejuk (10 celcius) walau matahari bersinar terang. Aktiviti bolasepak makin rancak selain badminton dan takraw setiap minggu. Minggu ke-2 April bentangkan paper di Doctoral Colloquium, British Accounting Association di Aston University. Minggu ke-3 April, seperti yang lepas-lepas "pengembaraan bermula" dan minggu ke-4 April mak aku tiba di UK. First empirical chapter hampir siap, mungkin minggu ke-4 ada perjumpaan SV.


Bila pokok ini mula mengeluarkan bunga, maknanya musim bunga yang indah telah tiba







   

Wednesday, February 9, 2011

Lama tak menulis....

Lamanya tak menulis.........mungkin aku ikut resmi beruang yang berhibernasi di musim sejuk. Persoalannya, selepas berhibernasi beruang mengeluarkan hasil, aku macamana?. Semalam rasanya seperti musim bunga hampir tiba, matahari memancar ceria.

Pokoknya aku terlalu sibuk kebelakangan ini. Bermacam-macam kerenah SV aku sejak aku mula menulis  first empirical chapter thesis ini. Setakat ni dah tiga kali draf, masih juga ada yang dia tak puashati. Kalau setakat tambah literature atau betulkan ayat, takde masalah. Ini disuruhnya tambah variables yang  aku tak pernah terfikir untuk kutip sebelum ini dan terpaksalah aku bukak balik satu persatu laporan tahunan syarikat, kalau 10 takpe, ni 224 laporan tahunan kena buka., kalau sekali takper, ini dah kali kedua. Mana nak memahami statistik lagi, nak menulis secara akademik lagi......banyaknya.  

Camner pun  aku terima ini sebagai cabaran dan proses  pembelajaran sebagai pelajar PhD. Kalau ikut hati memanglah aku dah beli tiket Airasia. Tapi mengenangkan susah payah dan banyaknya pengorbanan untuk kesini, aku tabahkan hati. Tambah-tambah teringat betapa ramainya yang menghantar aku ke KLIA dulu. Tengok pulak anak-anak yang dah semakin serasi dan seronok ke sekolah, kesian la pulak. Nasib baik la banyak juga tempat nak melapangkan fikiran di Durham ni terutama carboot la...... dapat beli jersi bola murah-murah tu, seronok juga. Selain tu nasib baik la tinggal tak jauh dengan keluarga Melayu lain, kerap juga jumpa, sembang-sembang dan makan-makan.

Isk, banyak la pulak menulis nie. Stop dulu la, nak sambung buka annual report lagi nie.

   

Wednesday, December 1, 2010

Sajak Winter 2010

 Winter 2010

Musim lalu kau tiba, kami sekeluarga riang gembira
Snowman dan sledging berbagai gaya
Tak cukup gambar berdiri, berbaring dan tertimbus dalam snow pun ada
Dalton Park, SGIA atau Howland Farms....katakan saja semua kami teroka
Tak cukup digital kamera, Nikon D40 dengan 4GB SD Card aku beli sedaya upaya
Anak-anak pula mantap tubuh badan walaupun ini kali pertama......

Tahun ini kau tiba, kami sekeluarga kurang teruja
Snowman juga berwajah duka, 10 inci punya cerita.....
ke school aku tak pergi, -4 celcius punya kerja
Asssignment tak siap, mampus aku dengan Rabecca
Anak-anak batuk berjela, mak ayah hanya bermain mata

Wahai winter 2010, datangmu ku alu
pergimu juga ku tunggu......
 perutku mula rasa lapar dan ngilu
nasib baik bini aku tengah buat bihun sup kat bawah tu....

5.45 pm
1 Disember 2010
Tengah boring buat assignment