Saturday, December 26, 2009

Boxing day

Nampaknya snow macam dah nak berakhir di Durham walaupun musim sejuk baru bermula. Hari ini Sabtu (26 Disember 2009) adalah hari Boxing Day di UK. Tiap tahun sehari selepas Krismas adalah hari Boxing Day dimana jualan besar-besaran dengan tawaran diskaun melampau dibuat. Ada warga Melayu Durham yang ke London, ada yang ke Yorkshire dan sebagainya. Sebagai orang baru kat sini, kami hanya pergi ke Dalton Park, Sunderland aje (10 km dari rumah). Kat sini ada 60 factory outlets untuk barangan berjenama macam Clark, Levis, Nike, Adidas, Nike dan pelbagai lagi. Sampai jam 11.30 pagi, jumpa Zulhairi dan dia terus suruh ke kedai Levis sebab ada crazy sale. Betul la kata dia, jeans levis original, brand new, straight cut dijual dengan harga satu pound sehelai. Beli kasut sikit kat anak-anak dan yang paling penting beli Bump Skip Snow Sledge untuk diaorang main snow sledge. Tak sempat nak balik si Cami bising nak main kat bukit sebelah Dalton Park ni, akhirnya jam 5 pm baru balik rumah.


Gotong royong ngan anak2 buat snowman depan rumah.....

Malam sebelum krismas kat Durham City

Main snow kat padang Durham University

Dalton Park Outlet, Sunderland

Mamat ni seronak jer yang dia tau...




Aksi snow sledge anak-anak

No comments: