Monday, January 11, 2010

Salji dah mula mencair


Aku ingat apa la bau sedap sangat kat bawah tu.....rupanya bini aku buat kek sempena cairnya snow tahun nie...


Kesan snow paling lebat hari Jumaat. Kereta jiran depan rumah.


Ini la kerja aku ngan bini pagi-pagi.....cangkul snow untuk senang nak parking dan buang snow dari kereta

Mulai semalam snow dah tak turun tapi berganti pulak dengan hujan. Salji dah mula mencair, jalan jadi licin. Bila bawak kereta kena guna gear rendah dan jangan sesekali brek mengejut, kalau tak, terbabas la jawabnya. Walaupun dah takder snow, suhu masih sejuk, kalau lama kat luar dan tak pakai sarung tangan, kejap jer dah kebas, tak terasa hujung jari. Sarung kepala kena ada, kalau tak telinga rasa kebas. Sampah kat dalam tong sampah besar luar rumah tu dah 3 minggu lebih tak berkutip, lori sampah tak boleh masuk lorong belakang rumah.

Semalam (ahad) aku, wife ngan Si Cami pergi ke Dalton Park sebab beli sweater untuk projek rahsia itu. Pergi jugak ke Asda untuk beli thermal Cami ngan Angah dan barang-barang keperluan. Call Aziz semalam dan katanya mak dah buang span yang HUKM masukkan dulu tu hari jumaat. Sekarang ni mak kata okay sikit...lega aku. Hari ini dah mula sekolah balik setelah snow leave selama 5 hari. Terlambat pergi sekolah sebab awalnya sekolah kata isnin pun cuti, tapi pagi tadi baru tahu kena pergi sekolah hari ni.

So, apa pendapat aku tentang snow tahun ni?. In conclusion, pengalaman yang sangat menarik dan kami menikmatinya setiap detik seolah tahun depan snow macam ni tak turun lagi. Kata orang Pantai Remis..." Jakun Peeerak Padang Lenga, Tengok Snow Ternganga-Nganga...." Tapi memangpun sebab di sini cuaca tak menentu, bukan tiap tahun ada snow, selagi ada nikmati sepuas-puasnya. Aku ingat kalau print semua gambar time snow nie, tiga album pun tak cukup. Tadi ada Costa Geng call ajak pergi tengok konsert Search ramai-ramai kat Liverpool bulan Februari ni, tiket GBP27.80. Tak pergi nampak sangat anti-sosial, lagipun aku memang minat kumpulan nie masa muda-muda dulu. Tambah pulak, Liverpool belum pernah sampai lagi. So, keputusannya aku join hehehehehhee......... Isabellaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

3 comments:

Marina said...

Abg Amir, ni si Azhar suruh Abg Amir call dia yer. Ada hal katanya..

Amir said...

Tolong dapatkan email dan no phone dia. Hp lama beku sebab sejuk, tak leh bukak untuk tengok info. TQ

Marina said...

no hp dia 0166689704. Email dia tak taulah.. esok2 lah yer..