Friday, July 23, 2010

Hari Terakhir Persekolahan Sesi 2009/2010 - Angah

Hari ni Jumaat, 23 Julai 2010 adalah hari terakhir persekolahan Angah untuk sesi 2009/2010. Pada sesi 2010/2011 bermula September 2010 nanti, Angah akan masuk sekolah baru di tahun 3 di Bowburn Junior School. Si Cami akan kekal di Bowburn Infant and Nursery School dan masuk Year 1. Inilah gambar-gambar kenangan Angah di dalam kelasnya dan gambar si Cami di hari akhir persekolahan mereka.......


Cikgu kelas Angah, Mrs. Foster
Cikgu kelas Syahmi, Miss Tait

Thursday, July 15, 2010

Jika tak kesini.......

Tempoh SV bagi dua bulan. Nak kena sediakan empat perkara; (i) confirmation document; (ii) presentation material (iii) data collection (iv) chapter one.....etc. Banyaknya benda nak kena buat......

Kalau la aku tak datang sini apa la gamaknya aku tengah buat di MKD nie......

(i) Pagi-pagi mesti pekena teh O limau dengan mee goreng/nasik lemak dengan kawan2 terutama Si Ramlee/Hj.Osman;

(ii) Naik ke bilik pastu mesti datang si Suhaimi atau kalau dulu si Aida borak-borak. Sebelum jadi Timbalan, Asri pun sehari 5 kali mari bilik aku......gelak sakan, macam-macam isu;

(iii) Tengahari mula call Suhaimi, Hj. Osman, Suhaimi, Asri, Aida.....sasaran selalunya Restoran Perantau dan kadangkala nasi ayam Puchong (Asri ngan Suhaimi janji nak belanja aku 10 kali sebab dapat masuk balik skim pencen tapi sebelum ke sini baru 3 kali........aku akan tuntut bila balik sana hehehehehe...). Selalunya yang kena pau di bujang kaya tu la.......

(iv) Bilik aku mesti masih bersepah dan penuh dengan macam-macam tampalan.......kawan2 terutama si Asri selalu kata aku sesajer sepahkan fail untuk tunjuk banyak kerja......hehehhehee. Tak la, sektor aku memang banyak kerja......tak caya tanya Pn. Siti.

(v) Petang aku selalu turun bawah ngan Hj. Osman pekena teh ngan roti kaya.......best kawan ngan veteran ni, macam-macam pengalaman hidup........maklumlah double barrel heheheheheh.

(vi) Sebelum balik aku bawa fail ke bilik boss utk discuss apa yang patut tapi si Suhaimi selalu kata aku sajer nak tunjuk muka dekat-dekat nak balik. Mesti dia jealous sebab boss aku lawa tak macam mamat Kedah tu  punya PA...  hehehehhehee.......

(v) Aku paling untung kat MKD sebab aku dapat PSU kelas A...... terima kasih berbanyak buat Nazuha.

Antara tiga tempat bekerja selama 11 tahun, MKD yang paling meninggalkan kenangan manis.......bukan bab duit tapi kawan2 dan persekitaran......best-best.

Saturday, July 10, 2010

Along ke Richmond

Selama lima hari, 28 Jun - 2 Julai 2010, Along pergi ke Year Six Richmond Residential (60km dari rumah). Mula-mula risau gak nak bagi sebab di Malaysia pun dia tak pernah tidur selain rumah sendiri inikan pulak tinggal kat asrama kat sini sampai 5 hari dengan anak-anak orang putih dengan dia satu-satunya bukan orang putih. Tapi tengok dia beria-ia sangat nak pergi aku lepaskan la jugak. Katanya ada macam-macam aktiviti macam sculpting rock towers and animals, jungle tracking, melawat Easby Abbey dan Richmond Castle, aktiviti Bowburn's Got Talent, sukan dan sebagainya.


Richmond Castle

Monday, July 5, 2010

8th International Conference on Corporate Governance

23 Jun 2010 aku hadir ke 8th International Conference on Corporate Governance di Birmingham University. Ini kali kedua aku ke university ni. Kali pertama sebagai pegawai kerajaan tahun 2006 kerana berkursus dan kali ni sebagai student. Banyak kertas pembentangan dan perbincangan yang aku hadir dan kali ni mahaguru corporate governance, Sir Adrian Cadbury pun hadir.

 
Mahaguru corporate governance, Sir Adrian Cadbury

Pensyarah UUM yang bentang kertas kerja dalam conference ni

Cherry dari Birmingham, paling besar dan paling manis aku pernah tengok dan rasa sepanjang di UK. 8 pound sekilo, buah tangan untuk anak bini.

Tetamu dari Edinburgh

29 Jun 2010, Paklang bini aku yang tinggal kat Edinburgh sebab isterinya belajar di sini singgah bermalam di rumah kami dalam perjalanan balik dari London sebab buat pasport anak kecilnya. Siangnya aku bawa ronda-ronda kat Durham University dan terus ke Fish Quay, Sunderland untuk beli ikan dan lepas tu mereka terus balik ke Edinburgh.

Minggu sebelum tu si Emy, anak bongsu Makcik Menah yang belajar kat Edinburgh pun ada singgah rumah dalam perjalanan balik ke sana bersama dua orang kawan. Yang gambar kat bawah tu bersama salah seorang kawannya tapi yang ni katanya "kawan special"...........   


Science site, Durham University

Bersedialah Makcik Menah, ada orang nak langkah lima bendul tahun depan.......

Birthday oh Birthday......

Birthday Si Cami 13 Jun dan birthday bini aku 4 Julai. Tahun lepas aku terlupa birthday bini aku tapi tahun ni teringat la pulak......makanya bini aku pun buat la kek untuk Si Cami dan juga kek untuk diri dia sendiri. Aku nak buatkan kek, dia tak bagi takut tak jadi (aku acah jer sebenarnya....), aku nak beli pun dia tak bagi sebab mahal katanya..............so akhirnya dia buat kek untuk dirinya sendiri...........hehehheheee, ada gak yer kes macam ni.

Apa pun untuk Si Cami, moga cepat dewasa dan hilanglah manja tu cepat sikit, letih aku........untuk bini aku, moga terus menjadi isteri yang baik dan ingatlah akan sabda Nabi bahawa bahawa keredhaan suami adalah keredhaan Allah dan kemarahannya adalah kemarahan Allah......




Hadiah dari kawan-kawan Si Cami




Kek harijadi bini aku. Strawberry dari ladang Plawsworth PYO









Friday, July 2, 2010

Perkara yang membuatkan kami rindu.....

Inilah antara perkara yang membuatkan aku teringat kat kampung......kenduri. Gambar ni aku ambik dari blog Amran sempena kenduri Ajun 6 Jun baru-baru ni. Semua sedara mara balik ke kampung. Biasanya dua tiga hari sebelum kenduri dah gantung periuk sebab kendara di rumah tuan rumah, malam sebelum kenduri buat bihun sup tulang lembu, paginya pulut+kelapa+ikan masin......memang meriah. Bila kumpul ramai-ramai malamnya mesti main 'empat ratus' dengan Pakngah Din, Abang Chaq dan Amran..........

Cumanya rasa lega tengok gambar terkini mak aku (dua dari kanan) yang masih sihat dan moga terus dikurniakan Allah kesihatan tubuh badan. Kenapa Maksu makin kurus ni, mesti tak cukup tidur buat kuih.....

 

Selamat pengantin baru Ajun dan isteri, moga bahagia ke anak cucu. Di depan tu semua anak-anak sedara aku, banyak lagi la kenduri 10 tahun lagi......

 Anak sedara paling terkini setakat ni. Dia ni la yang membuatkan kami terkejut sebab isu komplikasi selepas kelahiran hingga terpaksa tinggal dalam ICU dekat dua minggu dan paling membimbangkan dia tiada tindak balas ketika itu. Menelan pun tak boleh. Sekarang semua dah okay, mata pun dah bulat....sure ganas ni.