Monday, September 28, 2009

Suatu hari di Hari Raya......


....Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Daun kat Howlands Farm dah mula berwarna merah....tanda musim luruh akan tiba

Anak-anak Melayu lepas sembahyang raya

Inilah biskut dan manisan Pak Arab

Semua jenis makanan Malaysia ada hari ni...

Hariraya pun ada kek!!.

Bini aku masih ceria....musim duka belum tiba (Winter)

Si Cami sepatutnya 3 kali terkeluar tapi dia nak main jugak. Orang pass bola ke orang sebelah, dia lambung tinggi-tinggi...

Anak-anak dara sunti Bowburn.....Amin jeling jer


Pagi raya aku dan Amin pergi sembahyang raya di Howlands Farm, Durham. Ada la lebih kurang 400 orang termasuk Pak Arab dan Mak Arab (bising betul Mak Arab ni, time khutbah pun depa tak berhenti cakap.....). Habis sembahyang, kalau kat kampung aku makan ketupat,lemang, rendang dan kuih-kuih raya atau ada rumah jamu satay atau lontong. Kat sini lepas sembahyang makan biskut arab, buah pisang dan jugak manisan dari Arab. Pastu keluarga Melayu semua sibuk ambik gambar. Kat Durham ni, Presiden Persatuan Muslim orang Malaysia, Ustaz Maslee namanya. Hebat orangnya.

Separuh acara aku balik rumah. Jam 3 kami ke Keenan House untuk sambutan Hari Raya orang Melayu Durham. Yang ni baru terasa meriahnya. Ada macam-macam makanan (pot-luck), bini aku buat agar-agar buah special, namanya "agar-agar pencen". Acara hari ni semua yang berkaitan dengan racun, kotak beracun,bola beracun dan juga sapu tangan beracun. Meriah jugak dan ada gak yang dari Dubai pun datang nak sambut raya kat Durham. Dekat jam 7 malam baru semua selesai. Terlentok aku kekenyangan.....Balik rumah ambik gambar keluarga guna "auto snap" sebab kat sini raya pertama orang tak berjalan pun ke rumah orang lain.

Hari berikutnya isnin, Amin ke sekolah sebab sekolah tak bagi cuti pun. Rupanya kat sini kalau raya mak bapak bagi cuti sendiri kat anak-anak, ikut suka la sehari ke, dua hari ke. Hari-hari berikutnya bermulalah open house. Dari rumah ke rumah, tiap sabtu ahad tak berhenti. Pagi rumah lain petang rumah lain. Best la jugak boleh jumpa ramai kawan-kawan baru. Semalam Khairizam buat aqiqah anak barunya, dia tempah katering dari Newcastle, buat sup kambing dan nasi merah berlauk masalla kambing, sungguh menyelerakan. Aku makan macam dah 3 tahun tak balik Malaysia. Undergrad dari Newcastle pun ramai yang datang.....banyaknya geng usrah ler...

Ada call mak, masih tak sihat lagi. Aziz nak bawak balik ke HUKM minggu depan. Doa ku moga mak akan sihat sejahtera seperti biasa. Telefon rumah baru kat Steavenson Street pun aku dah pasang. Kat sini kena banyak sabarrrrrrrrrr. Ada ka patut nak masuk line phone aku kena bagi maklumat dekat 20 minit kat service provider (O2). Dia minta satu maklumat, dia biar aku tunggu kat phone 3 minit, pastu dia minta info lain lagi. Aku kata kat bini aku, kalau kat Malaysia ni dah lama aku komplen. Dah la slang dia pekat nak mampus, punya la susah aku nak faham. Buat keluarga di Matang Kerian, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009 dari kami yang jauh di perantauan, kalau makan laksami campur laksa tu, ingat-ingat la kami ni.....isk.., sentimental la pulak dah tua-tua nie. Bini aku kata, "bang, biar umur tua tapi hati mau muda, kata orang putih young at heart"....... isk betul ker bini aku cakap camtu?.....

4 comments:

Marina said...

Selamat hari raya utk Abg Amir, Azie dan anak2. Tgk gambar pun dah tau gembira... tapi dlm hati Azie tak tau lah yer. hehehe

Raya thn ni mcm biasa gak ler.. yg bestnya makan ramai2 tu tetap ada.. tp skrg dah berubah tempat.. tak lagi kat rumah Maklong Miah. Lagipun kesian kat mak abg amir tu.. bukannya larat sgt.

Sehari sblm nak raya tu.. Maklong Miah punyalah risau sebab dah petang takde sorang anak pun sampai lagi.. (Ijah plak dah balik rumah mak mertua). Dia bukanny larat nak buat keje sgt so Ajis lah yg kena buat semua. Mulalah pot pet pot pet jantan sorang tu.. Last puasa tu maksu panggil ramai2 buka posa rumah dia.. mcm2 makan dan sehari sblm nak balik KL tu.. maksu buat acara penutup makan beramai2 di rumah dia sekali lagi. Moga murah rezeki maksu di tahun2 akan dtg.

Masa raya ke 4, kitorang keluarga maklang ramnah, maknjang dan maksu gi Pangkor beramai2. best gaklah.. Pegi jap jer.. tak tdo pun.

tu jerlah citer pasal hari raya thn ni. Smga kita semua bergembira walau di mana saja kita berada. Kim slm kat Azie dan anak2.

Selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin.

abdul aziz muhamed said...

uh..igtkn dia sedih..hepi rupernya..haha..amin oi..bila nak bg awek uk kt paksu nieeee paksu da bosan la org malaysia..stereotype! hehe slmt ari raya abg teh..duit raya xde ke? bg 10 pound jd le..hehe..

Marina said...

bosan konon.. asal balik kampung jer sibuk bawa awek tu ke hulu ke hilir.. Cakap tarak serupa bikin.

Marina said...
This comment has been removed by a blog administrator.