Thursday, March 25, 2010

Kenduri kat rumah sebelum ke UK

Musim Bunga 2010

Hari Sabtu baru-baru ni (20 March 2010), Musim Bunga atau Spring dengan rasminya telah bermula. Bunga-bunga berwarna-warni pun dan mula muncul dari rumput dan cuaca sekarang dah mula kurang sejuknya, lebih kurang 10 celcius. Ahad, 28 March, 2010 jam akan ditambahkan satu jam ke hadapan dan perbezaan waktu dengan Malaysia akan menjadi 7 jam berbanding sekarang 8 jam. Khabarnya, musim bunga di Durham amat indah..........anak-anak Melayu Bowburn pun dah mula turun ke padang. 

Wednesday, March 24, 2010

Ulangtahun kelahiran


Kali pertama ulangtahun kelahiran aku di rantau asing. Bini aku buat kek dan hanya disambut oleh kami anak beranak aja. Esoknya bawa anak-anak ke Metro Centre, Gateshed untuk makan KFC halal kat situ. Usia bertambah, tapi rambutku berkurang,.......,mungkin tanda-tanda tua. Si Helmi ada buat lawatan balas dengan kawan-kawannya dari Edinburgh ke rumah aku. Bini aku jamu sambal tumis udang, masak lemak cili padi dan macam-macam lagi.




Tuesday, March 23, 2010

Teater kehidupan


Teater ini bertajuk "Perjalanan Hidup Daku" atau ringkasnya PHD. Pelakonnya cuma seorang, iaitu watak bernama "aku". Pengarah utamanya seorang pengarah terkenal berketurunan Adolf Hitler dan Joseph Stalin dari German bernama Dr. Rabecca Stratling dan Bapak Sutradaranya adalah seorang ahli sufi berketurunan Anwar-el-Sadat dari Mesir bernama Dr. Aly Salama. Teater ini sedang dipentaskan di Durham Business School, Bukit Mill, Durham University UK. Teater ini berkisar kepada watak "aku" yang merantau ke bumi asing bersama keluarganya bagi menerokai lembaran baru dalam helaian-helaian kehidupannya dan bagi merasai kemanisan titisan air ajaib yang dinamakan sebagai "ilmu" kerana watak bernama "aku" tersebut amat menyakini kepada ayat Al-Quran yang bermaksud;

"Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat. Dan tidak (pula) sama gelap gulita dengan cahaya, Dan tidak (pula) sama yang teduh dengan yang panas, Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar.(Fathir:19-22)

Plot cerita ini mengandungi beberapa babak dan semalam, 22 Mac 2010, jam 9.00 pagi, pada giliran pertama, babak pertama teater PHD ini telah dipentaskan di hadapan cerdik pandai manusia berketurunan Socrates, Plato dan Aristotle. Babak kedua akan dipentaskan pada bulan September 2010........ "Aku" yang serba kekurangan amat menyedari bahawa pementasan teater bertajuk PHD ini acapkali dilakonkan di seantero dunia, cuma pelakonnya sahaja yang berbeza. Kadangkala penghujung ceritanya berakhir bahagia dan adakalanya berakhir dengan deraian airmata.....

Setelah usai dan penonton pun beredar, "aku" kelelahan di penjuru pentas dan esoknya satu perbincangan antara "aku", Bapak Sutradara dan Pengarah diadakan di pondok usang di Bukit Mill. Alhamdulilah, semuanya positif dan "aku" memanjatkan kesyukuran kepada ilahi. Seterusnya, bagi memulihkan tenaga mental dan fizikalnya untuk membuka lembaran babak baru yang seterusnya yang ternyata lebih berliku dan mengandungi plot cerita yang lebih mencabar dan mendebarkan, "aku" memutuskan untuk mengembara untuk menghirup manisnya udara alam selama lima hari bersama anak isterinya ke Manchester, Pier Head (Liverpool), Snowdonia National Park (Wales), Birmingham dan Stoke-On-Trent bersama Nissan Almeera kesayangannya bagi menghayati keindahan ciptaan ilahi dan mensyukuri nikmat kehidupan ini............

Tuesday, March 16, 2010

Nostalgia Siri 2 - Sek. Menengah Dato' Idris


Masuk tingkatan satu, aku sekolah kat Sekolah Menengah Dato' Idris, Pengkalan Bahru kira-kira 1km dari sekolah rendah sebelum ni. Daftar diri jer aku ditempatkan kat kelas H, antara kelas tercorot. Masa tu kelas dari A sampai M tapi ntah kenapa semua kawan-kawan aku masuk kelas perdagangan tapi aku di bawah kelas Seni Perusahaan. Aku punya la malu dan mula terputus hubungan dengan kawan2 di sekolah rendah. Kat kelas aku ramai murid bangsa cina dan depa ni jenis suka bergaduh dan berjudi. Aku ada kawan nama dia Mahadir dan dia ni suka main bertaruh duit dalam kelas dengan anak-anak cina tadi. Permainan tu namanya Ting-Tong, senang jer, yang si tokannya ambik duit 20 sen dua keping dan lambung pastu cekup ngan tangan. Yang penjudinya letak la duit kat pucuk (hujung jari), kat ibu (sebelah jari ibu) atau kat anak (sebelah jari anak). Kalau duit tadi dua-dua sebelah gambar Parlimen, kira ibu la, kalau dua-dua sebelah tulisan 20 sen kira anak dan kalau satu Parlimen dan satu tulisan 20 sen kira pucuk la. Kalau betul tekaan, letak 5 sen dapat la 10 sen. Aku join main benda ni dalam kelas dan masa rehat pulak aku main guli ngan Mahadir, pun bertaruh guna duit gak. Pendek kata, tingkatan satu ni aku dah mula nak merapu tapi bila exam aku dapat jugak no.2 masa pertengahan tahun dan no.1, masa akhir tahun. Nak jadi rezeki, aku satu-satunya dari kelas H ni yang dapat Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), RM300 setahun, kira banyak gila masa ni....tapi buku simpanan cikgu pegang, nak keluarkan aku tipu la pakai kasut koyak-koyak dan bagitau nak beli kasut baru....

Sebab dapat nombor okay kelas H ni, aku melompat ke kelas F masa tingkatan 2. Kelas ni adalah kelas paling baik dalam bidang Seni Perusahaan. Aku dapat kawan-kawan baru dan yang paling rapat Suhaimi, Nazri (2 jari dia putus main mercun), Johari (dah jadi kutu kampung-penagih) dan Hashim (Ahli Bomba kat Balai Bomba, Pantai Remis). Kat kelas, aku suka baca cerita-cerita hantu sebab tiap hari si Hashim ni akan bawak macam-macam cerita hantu terutama karya Tamar Jalis (Siri Bercakap Dengan Jin). Masa aku jumpa dia masa anak Pakcik Hassan kawin 2 tahun lepas katanya perangai suka baca cerita hantu tu masih kekal.....

Di kelas F ni aku dah tak main guli atau Ting-Tong lagi. Aku ada kegemaran baru, main tikam. Balik sekolah jer aku singgah kedai cina kat tepi sungai dan main tikam untuk dapat hadiah. Main tikam ni ada dua jenis, satu tikam dapat mainan satu lagi tikam dapat duit. Pada papan tikam tu dilekatkan mainan dan nombor-nombor. Kalau kertas yang kita cabut ada nombor tu, maka dapat la mainan tadi. Camtu gak tikam duit, kalau dapat gambar tertentu dapat la duit 50 sen atau 20sen atau seringgit. Pastu satu lagi aku suka sangat tengok wayang kat Panggung Wayang Lama. Ceritanya semua cerita kungfu cina terutama Shaolin la kegemaran aku, jenis boleh terbang-terbang semuanya. Duit untuk semua ni apa lagi, aku cari kelapa kat tanah cina, nama cina tu Muna atau kat tanah Mail Kucing dan jual kat Ah Guan. Di samping tu, aku jugak penangkap kura-kura terkenal kat kampung aku dan jual pada cina bongkok yang kami panggil Kalinabo. Aku siap buang kulit ayam dalam parit, pastu tunggu ngan sauk pukat. Bila bergoyang jer kulit ayam tu maknanya kura-kura ada la tu. Seekor RM1, lepas la nak tengok wayang......

Aku makin merapu dan langsung tak tengok buku, balik sekolah jer aku campak beg dan esok nak pergi sekolah aku ambik balik. Ada jugak malam-malam Allahyarham ayah ajar ilmu hisab tapi lembab betul otak aku masa ni. Tanpa aku sedari, rupa-rupanya Allahyarham ayah dok perhati perangai aku dan pada suatu malam ketika cuti penggal bulan 12, Allahyarham ayah kata......"tingkatan tiga esok ayah ingat nak hantaq hang pi sekolah sama dengan Amran di Kuala Kangsar....". Terkedu aku.....

Maka bermulalah babak baru dalam lipatan sejarah kehidupanku.....Clifford, Kuala Kangsar.

Monday, March 15, 2010

Nostalgia Siri 1 - Sek. Rendah Kebangsaan Pengkalan Bahru

"we do not remember days; we remember moments"

Aduh.....Monday blues. Malasnya nak membaca. Takper, nak mengimbau kenangan lalu zaman persekolahan.

Dari tahun 1979 sampai 1984 iaitu darjah satu sampai darjah 6 aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Pengkalan Bahru, Pantai Remis, Perak. Orang Perak yop, tapi cakap Kedah hehehehehe....Hari pertama masuk darjah satu, Allahyarham ayah hantar kat pintu pagar sekolah lepas tu terus ayah tinggal. Balik kalau tak silap aku dengan Abang Chaq, dia darjah 5 rasanya. Hari pertama itu sahaja, ada 3 murid berak dalam seluar dan ramai yang meraung-raung nak balik. Penuh mak bapak tunggu kat luar kelas. Pak Saad, tukang kebun sekolah sibuk betul hari ni nak mencuci tahi yang terjatuh kat lantai. Ceh, tak senonoh budak-budak ni. Yang peliknya aku tak pulak menangis atau nak buat perangai macam tu, aku pun taktau pasal apa. Paling aku kagum masa ni bila tengok budak darjah 6 buat tulisan sambung, heran betul aku. Selalu masa rehat aku jengah bilik darjah 6 dan tengok tulisan sambung diaorang, rasa pelik sangat.....

Masa darjah 3 kelas aku ditukarkan kat kelas yang kami panggil Sekolah Seberang sebab nak ke kelas ni kena seberang sungai. Sekolah ni bekas sekolah Tamil. Yang paling sadis sekolah ni jambannya jenis jamban tong, bila berak nampak berulat kat bawah, punya la kotor aku taktau nak cerita. Tapi yang takleh lupa nasi lemak Mak Mah yang dijual dibawah pokok depan sekolah tu. Punya la sedap nasi lemak dia, tiap hari aku makan.
Masa darjah tiga ni la aku baru pandai baca.

Darjah 4, kembali ke sekolah asal dan masa ni Cikgu kelas ialah Allahyarham Cikgu Raman. Dia ni yang paling garang dan paling semua orang takut. Abang aku, si Amran dikepitnya kepala dengan peha dia dan diludahnya. Ganas sesangat cikgu ni, tapi dah meninggal pun. Selain Cikgu Raman ni, yang kedua aku paling takut ialah cucuk api, bukan pasal jarumnya, pasal namanya tu ngeri sangat. Selain tu ada satu lagi cikgu pompuan, nama dia Cikgu Siti Hara, dia ni tak cun, muka jerawat banyak tapi punya la kuat cubit. Sikit-sikit cubit, sikit-sikit cubit dan muka dia tak pernah senyum. Kalau bertembung kat luar kelas aku mesti elak cari jalan lain.....

Kegemaran aku masa ni pinjam buku kat library. Pinjam waktu pagi, waktu rehat aku dah antar balik bila abis baca. Buku cerita kegemaran semua cerita perang seperti Jepun Menyerang Perak, Jepun menyerang Selangor, Harimau Malaya dll. Bersemangat betul bila baca buku perang sebab masa tu semua budak-budak cita-cita nak jadi askar termasuklah aku.

Darjah 5 ambik Penilaian Darjah 5, dapat 2A 2B dan 1C. Dapat jugak pergi ambik ujian untuk masuk sekolah asrama penuh. Harapan ayah kot-kot aku dapat masuk asrama macam abang aku Amran. Dia dapat 3A 2B dan masuk Rancangan Khas, kat sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar. Masa tu dapat masuk asrama hebat yop, satu kampung tau....... tapi si Amran ni ada kisahnya, biar la anak dia yang tanyakan pada dia hehehehee.....

Tak berjaya masuk asrama aku masuk Darjah 6 Merah. Masa ni aku selalu gaduh ngan satu budak pompuan nama dia Suraini Jantan. Dia ni comel tapi macam jantan sikit, sekarang dah jadi cikgu dan beranak pinak pun dah. Masa darjah 6 ni banyak gak aktiviti aku join seperti masuk boria, sukan dan jadi pelakon tambahan drama atas pentas sempena Hari PIBG. Ceritanya pasal pencuri kena tangkap setelah terjatuh dan minta maaf serta menyesal. So, cikgu pilih aku lakonkan watak pencuri tu....hehehehehehe, pencuri pun pencuri lah, janji dapat berlakon. Seingat aku wataknya cuma bila cikgu bagi isyarat, aku kena berlari dari belakang pentas pastu buat-buat terlanggar tali skipping yang dua orang kawan aku tengah main dan terjatuh. Bila kena tangkap dengan polis, aku cuma perlu buat-buat sedih dan menyesal dan kata "I'm sorry, I won't do it again".

Rupanya sejarah berulang dan kisah pencuri ini ada berulang 6 tahun kemudian di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, nanti kuceritakan.....Kawan-kawan darjah 6 ni macam Zamri Noh (kerja Majlis Perbandaran Manjung), Sham Cik Ani (sekarang Kat Liverpool University, buat PhD), Nizam (dah meninggal ditikam Mat Indon di Chow Kit), Shamsul (Engineer), Razali Nayan (Akauntan Majlis Perbandaran Manjung) dan Faisal Hj. Mansor (dah jutawan dia ni). Yang pompuan paling aku suka tengok nama dia Putri Al-Insyirah Sapeli, bapak dia glamer satu kampung sebab diaorang ni keturunan berada la sikit dan baru pindah kekampung aku, lawa budak nie....

Wednesday, March 3, 2010

Spring menghampiri

Selepas hampir tiga bulan hanya menyidai kain kat pemanas dalam rumah, hari ni bini aku mula sidai kain kat penyidai luar rumah sebab cuaca semakin cerah dan matahari bersinar terang yang menandakan winter hampir berlalu dan spring hampir bermula.......


Petangnya bini aku tetiba teringin nak makan buah strawberi (mengidam???.....sabaq mak hang oi...). Aku bawak la dia pergi ke Cooperative shop dan beli sekotak strawberi dari Spain. Mungkin strawberi besar-besar camni la yang Datuk K bagi kat Datuk Siti kot, tu yang dok terbayang-bayang. 

 
Cicah ngan coklat sedap nie....

Sunderland vs Fulham

Bulan lepas ada sekolah Si Cami tawarkan charity ticket 10 pound seorang untuk tengok EPL kat Stadium Sunderland dengan syarat seorang bapa mesti bawak seorang anak. Harga tiket sebenar dekat 35 pound rasanya. Tapi masa tu Sunderland vs Wigan. Aku takmau pergi sebab Wigan ni kiranya kelab cokia la. Pastu Zul Keenan bagitau sekolah anak dia pun dapat offer tapi untuk game Sunderland vs Fulham. Menarik tu.
 
Jadinya hari Ahad, 28 Mac 2010 aku ngan Along serta Zul Keenan dengan anaknya Patimah dan Lokman, Syahmi dengan anaknya Hanan serta Farid si bujang ke Stadium of Light, Sunderland untuk tengok live EPL Sunderland vs Fulham. Memang menarik dan hebat sokongan penyokongnya walaupun angin laut yang sejuk tengah bertiup. Diaorang menyanyi tak berhenti dan bagi sokongan walaupun permainannya tak la hebat sangat tapi rasa lain macam betul suasananya. Stadium ni pulak besar dan kami dapat seat paling bawah, belakang gol keeper, nampak jelas la game tu. Mentang la bayar 10 pound jer, bawah sekali depa letak........

 
Keputusan 0-0

Tuesday, March 2, 2010

Anak sedara baru - Muhammad Suhail


 Tiga minggu lepas satu-satunya adik perempuan aku melahirkan anak kedua yang dinamakan Muhammad Suhail, adik kepada Muhammad Sirhan. Dalam bahasa Afghan, ianya bermaksud bintang. Jadinya, nama itu bermaksud "bintang yang terpuji". Aku dan anak-anak menatapi gambar Suhail ini dari kejauhan dan penuh belas kasihan dan hanya doa yang mampu kami panjatkan. Ini kerana dia lemas ketika dilahirkan dan menyebabkan dia tidak menangis seperti kanak-kanak lain. Dia ditempatkan di dalam ICU Hospital Kulim selama tiga minggu dan makan menggunakan tiub sebab dia tidak pandai untuk menghisap susu badan maknya secara sendiri, mungkin kesan kompilasi ketika kelahiran tersebut. Khabarnya mak sampai demam kerana terkejut sebab keadaan ini boleh memberi kesan kepada pertumbuhan mental dan fizikal.

Namun tadi, alhamdulilah aku mendapat email dari adikku Aziz bahawa Suhail telah dibenarkan keluar dari hospital dan tiada lagi tiub sebab dia sudah boleh menghisap susu badan maknya sendiri dan menangis pun lebih kuat dari abangnya. Kemungkinan besar tiada kesan sampingan yang lain. Terasa bersyukur benar aku dengan perkabaran ini dan janjiku pada anak saudara baruku ni bahawa "......Paklang akan buat kenduri kesyukuran sempena Suhail sihat di rumah Tok di kampung dengan menyembelih seekor kambing sepulangnya Paklang ke Malaysia kelak".

Selepas 6 bulan disini, banyak perkara yang berlaku di Malaysia: mak tak sihat, ramai sedara mara yang berkahwin (Shidah, Ajun (bakal), anak Makngah Minah), ramai jugak yang dah bertambah anak (Siti, Marina, Kak Nor, Zam adik ipar aku), ada yang sakit (bini Pak Nik Pa kena strok) dan sebagainya. Enam bulan berlalu, kami mula kerinduan pada segalanya........