Monday, March 15, 2010

Nostalgia Siri 1 - Sek. Rendah Kebangsaan Pengkalan Bahru

"we do not remember days; we remember moments"

Aduh.....Monday blues. Malasnya nak membaca. Takper, nak mengimbau kenangan lalu zaman persekolahan.

Dari tahun 1979 sampai 1984 iaitu darjah satu sampai darjah 6 aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Pengkalan Bahru, Pantai Remis, Perak. Orang Perak yop, tapi cakap Kedah hehehehehe....Hari pertama masuk darjah satu, Allahyarham ayah hantar kat pintu pagar sekolah lepas tu terus ayah tinggal. Balik kalau tak silap aku dengan Abang Chaq, dia darjah 5 rasanya. Hari pertama itu sahaja, ada 3 murid berak dalam seluar dan ramai yang meraung-raung nak balik. Penuh mak bapak tunggu kat luar kelas. Pak Saad, tukang kebun sekolah sibuk betul hari ni nak mencuci tahi yang terjatuh kat lantai. Ceh, tak senonoh budak-budak ni. Yang peliknya aku tak pulak menangis atau nak buat perangai macam tu, aku pun taktau pasal apa. Paling aku kagum masa ni bila tengok budak darjah 6 buat tulisan sambung, heran betul aku. Selalu masa rehat aku jengah bilik darjah 6 dan tengok tulisan sambung diaorang, rasa pelik sangat.....

Masa darjah 3 kelas aku ditukarkan kat kelas yang kami panggil Sekolah Seberang sebab nak ke kelas ni kena seberang sungai. Sekolah ni bekas sekolah Tamil. Yang paling sadis sekolah ni jambannya jenis jamban tong, bila berak nampak berulat kat bawah, punya la kotor aku taktau nak cerita. Tapi yang takleh lupa nasi lemak Mak Mah yang dijual dibawah pokok depan sekolah tu. Punya la sedap nasi lemak dia, tiap hari aku makan.
Masa darjah tiga ni la aku baru pandai baca.

Darjah 4, kembali ke sekolah asal dan masa ni Cikgu kelas ialah Allahyarham Cikgu Raman. Dia ni yang paling garang dan paling semua orang takut. Abang aku, si Amran dikepitnya kepala dengan peha dia dan diludahnya. Ganas sesangat cikgu ni, tapi dah meninggal pun. Selain Cikgu Raman ni, yang kedua aku paling takut ialah cucuk api, bukan pasal jarumnya, pasal namanya tu ngeri sangat. Selain tu ada satu lagi cikgu pompuan, nama dia Cikgu Siti Hara, dia ni tak cun, muka jerawat banyak tapi punya la kuat cubit. Sikit-sikit cubit, sikit-sikit cubit dan muka dia tak pernah senyum. Kalau bertembung kat luar kelas aku mesti elak cari jalan lain.....

Kegemaran aku masa ni pinjam buku kat library. Pinjam waktu pagi, waktu rehat aku dah antar balik bila abis baca. Buku cerita kegemaran semua cerita perang seperti Jepun Menyerang Perak, Jepun menyerang Selangor, Harimau Malaya dll. Bersemangat betul bila baca buku perang sebab masa tu semua budak-budak cita-cita nak jadi askar termasuklah aku.

Darjah 5 ambik Penilaian Darjah 5, dapat 2A 2B dan 1C. Dapat jugak pergi ambik ujian untuk masuk sekolah asrama penuh. Harapan ayah kot-kot aku dapat masuk asrama macam abang aku Amran. Dia dapat 3A 2B dan masuk Rancangan Khas, kat sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar. Masa tu dapat masuk asrama hebat yop, satu kampung tau....... tapi si Amran ni ada kisahnya, biar la anak dia yang tanyakan pada dia hehehehee.....

Tak berjaya masuk asrama aku masuk Darjah 6 Merah. Masa ni aku selalu gaduh ngan satu budak pompuan nama dia Suraini Jantan. Dia ni comel tapi macam jantan sikit, sekarang dah jadi cikgu dan beranak pinak pun dah. Masa darjah 6 ni banyak gak aktiviti aku join seperti masuk boria, sukan dan jadi pelakon tambahan drama atas pentas sempena Hari PIBG. Ceritanya pasal pencuri kena tangkap setelah terjatuh dan minta maaf serta menyesal. So, cikgu pilih aku lakonkan watak pencuri tu....hehehehehehe, pencuri pun pencuri lah, janji dapat berlakon. Seingat aku wataknya cuma bila cikgu bagi isyarat, aku kena berlari dari belakang pentas pastu buat-buat terlanggar tali skipping yang dua orang kawan aku tengah main dan terjatuh. Bila kena tangkap dengan polis, aku cuma perlu buat-buat sedih dan menyesal dan kata "I'm sorry, I won't do it again".

Rupanya sejarah berulang dan kisah pencuri ini ada berulang 6 tahun kemudian di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, nanti kuceritakan.....Kawan-kawan darjah 6 ni macam Zamri Noh (kerja Majlis Perbandaran Manjung), Sham Cik Ani (sekarang Kat Liverpool University, buat PhD), Nizam (dah meninggal ditikam Mat Indon di Chow Kit), Shamsul (Engineer), Razali Nayan (Akauntan Majlis Perbandaran Manjung) dan Faisal Hj. Mansor (dah jutawan dia ni). Yang pompuan paling aku suka tengok nama dia Putri Al-Insyirah Sapeli, bapak dia glamer satu kampung sebab diaorang ni keturunan berada la sikit dan baru pindah kekampung aku, lawa budak nie....

No comments: