Sunday, April 18, 2010

Memori Perjalanan 3 - London hari ke-2

The London Eye
Berlatar belakangkan Houses of Parliament, Big Ben Clock Tower dan Thames River, London 
Trafalgar Square, London City Centre
London Victoria Station, transport hubs for Central London. Kalau kat Victoria Station Damansara, KL tu pasti aku dah order steaks

Dalam bas ke Tower Bridge dan Tower of London. Kat bawah tu, ketiga-tiga mamat dah keletihan dalam tren balik ke Hounslow setelah seharian meronda Kota London.
Yang kami naik bas biasa, bukan bas ni....
Yang lain-lain kat atas-atas tu ada la merasa naik, tapi yang nie eksyen bergambar jer........

Untuk jimat belanja aku ambil one day pass dengan kos GBP17 untuk satu keluarga sebab Angah dan Syahmi percuma. Dengan pass ni boleh naik semua jenis pengangkutan awam di London kecuali hop-in-hop-out bus. Limo kat atas tu dah mestilah tak boleh naik. Memula aku naik Piccadilly Line (Blue Line) di Hounslow Westbound Station berdekatan Heathrow Airport dan setelah melalui banyak station aku turun dan tukar tren di South Kensington station. Pastu aku naik Circle Line (Yellow Line) dan turun kat West Minister station, pusat bandar London. Along heran, dia tanya....."macamana ayah tahu nak datang sini, tukar-tukar keretapi?". Dengan bangganya aku jawap, "....ala senang jer, dulu kan ayah pernah datang London!". Padahal sebenarnya aku pun dah lupa cara guna pengangkutan awam yang berbelit-belit kat sini dan aku main ikut jer budak Indonesia nama Rizki yang aku berkenalan dalam tren masa kat Hounslow tadi sebab dia pun nak turun tempat yang sama.

Dari situ, kami ke Thames River, Houses of Parliament, Big Ben Clock Tower, London Eye, London Aquarium dan seterusnya berjalan kaki ke Trafalgar Square. Kat Trafalgar Square kami dah kelaparan dan ambik keputusan makan kat Restoran Malaysia di situ bernama "Jom Makan Restaurant". Chef dari Malaysia, cuma pelayan minah Saleh. Order masak lemak cili padi udang, kari ayam, satay dll. Aku bagi gred B+ sebab pedas nak mampus, digunanya cili India tu yang pedas sesangat. Harga?...... hehehehehhee.......Kota London beb.

Dari sini naik bas ke Tower Bridge dan  Tower of London (bersebelahan) dan lepak dekat 2 jam gak kat sini. Bila lapar lagi makan pulak Fish & Chip. Cantik sungguh kawasan ni. Selalunya untuk bergambar satu keluarga, aku akan set anak bini dulu dan tanya diaorang kalau ada orang lalu lalang yang bersesuaian untuk diminta ambik gambar kami sekeluarga. Selalunya aku akan cakap "....okay-okay, macamana ada mangsa tak?". Kalau ada diaorang bagitau la. Yang sadisnya kat sini, bila lepas aku cakap camtu jer, sorang budak cina offer untuk ambik gambar sambil tersenyum lebar, rupanya cina malaysia dan dia faham apa yang aku cakap tu.......heheheheheheheeeee.

Balik ke Central London dan ke St. James Park sekali lagi sebab anak-anak suka sangat ke situ untuk bagi makan merpati, itik, tupai dan macam-macam jenis burung pelik-pelik. Dari situ ke Buckingham Palace dan akhirya ke Royal Parks dan seterusnya ambik tren ke Victoria Station. Dari situ naik Piccadilly Line, terus balik Hounslow Station. Semua dah keletihan dalam tren dan sampai ke bilik hotel lebih kurang 8.30 malam. Beli burger kedai Arab untuk makan malam. Esoknya jam 11 pagi kembali ke Durham dan terus ke rumah Zarina untuk makan sempena sambutan hari lahir anaknya. Okay!, stop 2 bulan aku takmau kemana-mana dah, nak baca buku......hehheheheheee  

No comments: