Baru lepas cakap ngan mak dan mak nak tengok gambar-gambar masa ke London tempohari. Ini tambahan gambar-gambar untuk tatapannya. Cucu-cucu mak dah makin membesar tapi bab manja tu masih ada lagi la. Tahun depan mak mari sini, insyaAllah kami bawa pergi London........Sekarang musim bunga dan tak sejuk lagi, siang panjang dan malam pendek. Jam 8.30 malam masih terang dan matahari terbit jam 5.20 pagi. Pokok tak banyak daun tapi penuh dengan bunga-bunga sakura pelbagai warna, cantik sangat. Di sini sakura di panggil Cherry Blossoms dan bunga daffodils dengan bunga tulip yang kat bawah tu pun banyak juga. Jaga kesihatan mak dan jangan lupa makan ubat, insyaAllah kita akan berjumpa lagi.......
Cucu mak yang ni dah pandai berposing dan nak bergaya. Cakap melayu dah sangat
fasih dan cakap english pun dah okay.
Cucu mak yang ni macam biasa manjanya belum hilang, cuma dah tak tidur sebilik dengan kami tapi dengan abangnya. Dia dah tembam sikit berbanding dengan di Malaysia. Cakap english masih kurang berbanding si Cami. Dia duduk atas dahan pokok Sakura putih atau white cherry blossoms.
Cucu mak yang ni dah pandai jaga penampilan diri. Berat badan dah turun hampir 5 kilo sejak ke sini. Dah pandai berkawan dan tahun depan dah nak masuk sekolah menengah.
Berlatarbelakangkan Tower of London
Royal Park, London
St. James Park, London. Terkejut merpati kat sini, dah berpuluh tahun depa tinggal sini tak penah ada orang kejar....hehehehheehe
Kawasan sekitar London Bridge
Bunga tulip Azie, 1 pound untuk tiga pasu
Bunga daffodils
3 comments:
aswbt Amir,
apa khabar? saja nak tanya camna nak get in touch with you. email address ? btw i am Sharifah ex-bmkd. tq.
Waalaikumsalam,
Lama tak dengar cerita. Dah mula belajar kan?. Guna amir7203@gmail.com
Waalaikumsalam,
Lama tak dengar cerita. Dah mula belajar kan?. Guna amir7203@gmail.com
Post a Comment