Wednesday, April 7, 2010

Memori Perjalanan 2 - hari pertama

Hari pertama, 26 Mac 2010 (Liverpool)

Mengambil kesempatan sempena cuti sekolah dan bagi merehatkan minda selepas 6 month review, aku bawa keluarga pusing-pusing UK dengan kereta lama aku itu selama lima hari. Banyak bekalan makanan bini aku bawak termasuk periuk nasi, beras, ikan bilis goreng, udang rebus, sosej, sambal, telur, susu, sardin dan pelbagai lagi sebagai bekalan sepanjang perjalanan ini. Pertamanya sebab susah nak cari makanan halal dan penyebab yang paling penting, duit tak banyak untuk makan kat restoran sebab di UK ni takda langsung kedai-kedai tepi jalan macam kat Malaysia. Semuanya restoran yang harganya kaw-kaw walaupun makanan tak sesedap mana. Kami berhenti saja kat mana-mana hentian bila lapar dan bila malam kami masak kat bilik hotel di Travelodge. Rupanya baru la aku tau yang rice cooker ni bukan setakat boleh masak nasi, macam-macam dia boleh buat. Satu lagi, sambal kalau tak campur dengan bawang boleh tahan lebih seminggu......

Singgah kat hentian highway dalam perjalanan ke Liverpool


Pusat bandar Liverpool

The Royal Liver Building, Pier Head, Liverpool

Sekitar Cunard Building di Port of Liverpool. Mamat kecik tu kalau bab posting memang serah kat dia

Sekitar Albert Dock, Liverpool

No comments: