Balik kembara dari Liverpool, Wales, Birmingham dan Stoke aku dah malas nak ke mana-mana dah. Tapi si Fazli (PTD dari JPA, ikut bini buat PhD) pulak offer dua malam tidur free kat Westbound, Heathrow sebab dia tak jadi pergi London kerana bini dia perlu balik Malaysia untuk kutip data. Kata orang rezeki jangan tolak, jadinya pergilah aku ke sana dari 5-6 April 2010. Jam 6 pagi aku dah bertolak dari rumah dan 11 pagi lebih kurang dah sampai London. Hari ni Bank Holiday, cuti satu UK. Jadinya tak perlu bayar caj kesesakan (congested fee) untuk masuk London. Untuk rasa pengalaman memandu di kota Metropolitan London aku pun merayau dengan kereta dan memang mencabar bawak kereta kat London ni. Hari ni cuma ke Harrods, pastu ke Trafalgar Square dan St. James Park.
Musim bunga di St. James Park, London
Kalau campak lipas sure melompat brader tu....
Al-Fayed bapa Doddy ada buat Galeri khas dalam Harrods untuk anak dia ngan Lady Diana. Patut la Harrods ni org kaya suka shopping, cantik sungguh. Kami masuk beli apa?......heheheheheh cuma fridge magnet jer, tanda pernah datang Harrods
No comments:
Post a Comment