Selepas bermalam di Travelodge, Liverpool kami bertolak ke Caernarfon, North Wales dan terus naik keretapi diesel zaman dulu ke Snowdon National Park. Perjalanan pergi balik dengan keretapi yang bergerak lemah gemalai selama 5 jam merentas gunung-ganang Wales ini amatlah menarik dan pengalaman yang terlalu indah dan pasti kekal dalam memori buat selamanya. Rumah-rumah di sini dibuat dari batu pejal gunung dan setiap kawasan gunung-ganang penuh dengan kambing biri-biri yang di pagari setiap lot pemiliknya dengan batu-batu gunung yang disusun cantik. Dari sini kami ke Portmadog, kira-kira 1 jam perjalanan dan menginap di Portmadog Travelodge. Jam 9.30 malam kami ke jamuan BBQ di caravan Zarina dan kawan-kawannya yang kebetulan bercuti disini.
Jalan persisiran pantai ke Wales
Kat Caernarfon train station untuk ke Snowdown National Park. Belakang tu Caernarfon Castle, dibina tahun 1073 oleh King Edward 1 dan merupakan kota paling cantik di North Wales atau nama tempatan dipanggil Gwynedd
Suasana kampung di Snowdonia, North Wales. Budak-budak tunggu keretapi lalu untuk melintas.
Tasik besar di antara dua gunung di Snowdonia National Park
Indah sungguh pemandangan di kawasan ni....
Dressing pemandu keretapi ni macam pilot kapalterbang
Di kebanyakan laluan keretapi ada sungai-sungai yang jernih mengalir
Berhenti 20 minit di stesen ini, kutip batu gunung warna ungu
Kemuncak gunung Snowdown masih ada salji
Caravan Zarina & family kat Portmadog
No comments:
Post a Comment