Wednesday, April 29, 2009

Seminar Penyelidikan Sektor Awam


27 hingga 28 April 2009 aku ke INTAN, Bukit Kiara sebab kena hadir Seminar Penyelidikan Sektor Awam untuk semua yang dapat tawaran HLP 2008/2009. Penuh Auditorium INTAN, ada lebih kurang 360 semua sekali. Jumpa ramai kawan-kawan lama seperti Rubah Putih, Shahnaz serta kawan-kawan semasa BTN Ulu Sepri tempohari. Hari kedua kononnya nak guna jalan baru (ikut NKVE dan terus ke Jalan Duta) sebab nak elak traffic jem jalan biasa, malangnya aku sesat sampai ke Kota Damansara. Time rehat masuk Library INTAN. Tengok-tengok tesis PhD jumpa la tesis Dr. Isa (bekas boss kat MKD). Mak oiiii....hebatnya dia, tabik spring 7 kali.
Sesekali round KL dengan anak-anak waktu malam untuk melihat KLCC rasa bangga jugak sebab tak banyak negara dalam dunia yang ada ikon sebegini. Menara Bangsa....

Tuesday, April 21, 2009

Ke Genting Akhirnya


Sabar-sabar...






Cami dan muka raksaksanya

Setelah lama berjanji dan tertangguh akibat macam-macam hal akhirnya minggu lepas habis BTN, 4.4.09 aku bawak family ker Genting. Naik jam 10.00 pagi dan balik jam 6.30 petang. Mengadu sejuk masing-masing dan puas la bermain. Terus balik ke Lakum sebab esoknya kenduri Linda, anak Junaidi (Blok 18).

Monday, April 20, 2009

Paip makan dan minum Wan




Buat anak-anakku. Gambar paip makan ini adalah paip sebenar yang digunakan oleh Wan selama 17 tahun sejak diserang strok pada 6 September 1988 ketika ayah masih ditingkatan empat di Sek. Men. Clifford Kuala Kangsar, Perak. Ayah cuti sebulan untuk jaga Wan di Hospital Taiping. Wan tidak boleh menelan seperti biasa selepas kena strok itu hatta menelan air ludah pun tidak boleh kerana mekanisma menelannya telah lumpuh. Selama 17 tahun itulah sehingga Wan kembali ke rahmahtullah pada tanggal 24 November 2005 ketika berusia 64 tahun (lahir pada 6 March 1941), Wan menggunakan paip seperti ini untuk menyambung kehidupan. Mula-mula Wan akan masukkan paip getah menerusi mulutnya hingga ke perut. Kemudian, Tok akan masukkan nasi yang telah diblender dgn daging, sayur dll ke dalam kelongsong paip dan menekan hingga habis. Sekali makan satu kole. Biasanya Wan akan makan 3 kali sehari. Nestum waktu pagi, nasi pada tengahari dan malam. Semua urusan menyediakan makanannya Wan akan uruskan sendiri daripada potong sayur dan daging, masak, blender dll. Cuma makannya sahaja Tok tolong pamkan. Kadangkala waktu Tok tiada, Wan akan pamkan sendiri makanannya. Bolehkan kalian bayangkan pengorbanan Tok membela Wan selama 17 tahun?. Bolehkan kalian bayangkan penderitaan Wan selama tempoh itu terutamanya mengawal keinginan apabila melihat orang lain makan dengan mulut sedangkan dia tak mampu merasa kenikmatan makanan dan tiba-tiba terus rasa kenyang?. Bolehkah kalian bayangkan kehidupan dimana Wan perlu membawa bekas ludahnya kemana-mana untuk meludah selama 17 tahun?

Anak-anakku,
Ayah banyak bercerita tentang Wan sepanjang kalian membesar. Tahukah kalian kenapa manusia ini sangat istimewa dan terlalu dekat dihati ayah?. Kalian perlu tahu bahawa inilah manusia yang tidak pernah merungut walau sekali terhadap sakit yang ditanggungnya. Inilah manusia yang sangat tabah dan reda dengan segala pemberianNya. Inilah manusia yang paling banyak memberikan nasihat dan semangat untuk ayah dan adik beradik ayah hingga kami berjaya seperti hari ini.

Sewaktu Wan mula sakit, hanya Paklong (Ayah Abang Awie) yang bekerja di kilang sawit dan pergi ke laut (nelayan) untuk bantu keluarga. Ayah dan Pakngah Amran, Maknjang (ummi Sirhan) masih belajar. Wanlah yang suruh kami terus belajar, Wan juga yang tolong mohon biasiswa OCBC Bank hingga ayah dapat belajar di UKM selama 4 tahun. Walaupun Wan tak boleh menelan macam biasa, tapi Wan boleh bercakap dan boleh berjalan sikit-sikit. Banyak kerja tangan yang Wan buat dirumah Wan, replika raksaksa, kolam ikan, bangku simen dan macam-macam lagi.

Anak-anakku,
Sepanjang 17 tahun itu, ayah cuba tunaikan sebanyak mungkin hajat Wan. Ayah bawa Wan keliling Semenanjung Malaysia ini untuk jumpa kawan-kawan lamanya sewaktu belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (sekarang UPSI). Wan dulu pernah jadi guru sekejap (2 tahun) sebelum buat macam-macam kerja hingga akhirnya jadi nelayan. Wan pula akan pergi kemana sahaja anak-anaknya bawa sama ada pergi berkelah, melancong dan sebagainya. Ayah tak pernah membantah/memprotes Wan sepanjang hidup ayah dan ayah sangat hormati dan sayangi Wan. Cuma satu yang ayah rasa terkilan, ayah terlalu malu untuk cium pipinya sewaktu dia masih hidup. Sekarang jika kalian perasan, ayah akan cium pipi Tok setiap kali berjumpa kerana ayah enggan terkilan lagi. Bagaimanapun ayah berpuashati kerana ayah rasa semua hajat Wan ayah telah makbulkan dan ayah tahu, Wan juga sangat sayangkan ayah. Banyak coretan di dalam diari Wan berceritakan tentang alam ini dan banyak nama ayah didalamnya. Moga Wan ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat keredaanNya dan ayah ingin sekali bertemunya dengannya diakhirat kelak.



Bersihkan kubur Wan semasa balik kampung dengan Along, Angah dan adik Aziz

Thursday, April 16, 2009

Kenangan gunting rambut


Beraksi depan kedai gunting



Masa kecil dulu, antara aktiviti yang paling aku, Amran dan Abang Chaq suka adalah bila ayah bawak naik motor Lambretta dia yang ada dua seat tu untuk pergi gunting rambut kat Jalan Belah, Pantai Remis untuk gunting rambut. Sebabnya lepas gunting rambut ayah akan bawak makan kuih pau dan minum kedai Kacip berdepan kedai gunting tu. Kepala kami biasanya penuh kudis sebab selalu main pasir, kutu pulak jangan cerita la punya banyak. Hanya itulah peluang nak ke pekan masa tu, bestnya tak terkata. Time tu sekali gunting 50 sen jer....sekarang dah RM5.00

Biro Tatanegara 26-30 Mac 2009


Orang pertama kena tangkap sebab bercakap



Gambar masa aktiviti Kembara





Fasilitator Idris sedang mempertahankan hujahnya, asyik nak tarik kerakyatan org jer

26-30 Mac 2009 aku pergi ke Kem Bina Negara, Ulu Sepri Negeri Sembilan untuk mengikuti Kursus Khas Kenegaraan untuk yang dapat belajar ke luar negara. Terimbau kenangan lama masa kadet dulu, time tu seminggu berkubang disini dan macam-macam aktiviti kami buat. Kali ni lebih fleksibel, lari pun 1 km jer walaupun dalam jadual tulis 2 km. Ada jugak aktiviti kembara dalam hutan dan macam biasa nyanyi-nyanyi lagu patriotik seperti lagu Warisan (Sudirman), lagu BTN dll. Paling menarik ada slot tayangan video macam Hati Malaya, keganasan di Ambon, Palestine, video patriotik Petronas dll. Paling sadis ada slot susun batu sama saiz dan kena ambil dari kumpulan lain tapi tak boleh bercakap. Ramai yang kena tangkap dengan ganasnya sebab bercakap.....nak pecah perut aku tergelak tengok galagat rakan-rakan time slot nie.....Kursus ini gabungkan semua service termasuk doktor, pensyarah dll. Dari MOF aku dan Ramlee. Fasilitator Kumpulan 1 aku nie, namanya Idris. Dia ni macam ada mental problem, risau jer semua orang tengok dia, tapi dia punya pengetahuan pasal sejarah perlembagaan boleh dikatakan antara yang terhebat dalam negara ni. Ramai kenalan baru seperti Haswira (UITM Kedah), Putri (UniKL Lumut), Hairol (UIA), Dr. Yeat (Hos. Besar Ipoh), Puspha (MAMPU), Dr. Nurliza (Hospital Alor Setar), Ram (AG Chambers, Vallu (PICC) dll. Secara keseluruhan aku bagi 5 bintang sebab program ni telah meniupkan semangat patriotik yang tinggi terhadap negara tercinta ini.....

Lagu Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara

Menara Bangsa

Suria Muncul Di Pagi Hari
Kita Bangun Sederap Kaki
Menara Bangsa Akan Kita Bina
Perkasa Tiada Rebah Lagi

Mentari Sudah Ada Disini
Pasti Bersinar Beribu Tahun Lagi
Biar Berhembus Angin Sangkakala
Malam Pasti Tiada Datang

Kita Sudah Tiada Perlu Tidur
Kerna Mimpi Ada Di Depan Mata
Embun Jernih Pengganti Keringat
Berkilau Bagai Mutiara

Rimba Akan Terus Hijau
Unggas Riang Ria Berkicau
Air Jernih Meriak Di Sungai
Udara Nyaman Tenang Di Rongga

Darah Kembali Berharga
Merah Buat Penyeri Muka
Senyum Terus Meniti Dibibir
Kasih Sayang Jadi Milik Semua

Kita Bebas
Terbang Laksana Burung
Terikat Hanya Ditali Cinta

Kita Bebas
Terbang Laksana Burung
Terikat Hanya Ditali Cinta

Percutian ke Pulau Pinang







"A vacation frequently means that the family goes away for a rest, accompanied by a mother who sees that the others get it"

Sempena cuti Tahun Baru Cina yang jatuhnya pada isnin dan selasa (26&27 Januari 2009) adik beradik (tanpa keluarga Abang Chaq) berkumpul di rumah Siti kat Politeknik Kulim mulai sabtu (24 Januari 2009). Hari ahad, kami ke rumah Tok Bedah di Batu Uban dan Maksu Timah di Sungai Dua. Alhamdulilah, sihat lagi Tok Nek kami ini walaupun sukar untuk bergerak sebab sakit kaki. Round-round di Padang Kota dan terus ke Bukit Bendera, kononnya nak naik kereta kabel, malangnya tiket habis. Ubah rancangan dan terus ke Sungai Sadim, Kulim. Cantik sungai di sini dan malamnya kami tidur kat hostel, riuh rendah dengan kerenah anak-anak. Sesekali bercuti bersama terasa erat hubungan persaudaraan, moga yang jernih berkekalan dan yang keruh dibuang ketepi. Balik kampung makan laksa rumah Makcik Besah, mak saudara aku yang paling kerap buat laksa di Negeri Perak.

Sejarah pokok mangga depan rumah ayah...



"We can live for years next door to a big mangga tree, honored to have so venerable a neighbor, even when it sheds needles all over our flowers or wakes us, dropping big cones onto our roof at still of night.”

Pokok mangga depan rumah ayah ini mungkin ratusan tahun umurnya. Mengikut ayah, masa tok nenek kami teroka tanah ini, pokok mangga ini dah sebesar yang ada sekarang. Masa aku kecik, buahnya sangat lebat dan manis. Pokok ini kiranya milik semua adik beradik sekeliling walaupun letaknya sebelah rumah ayah. Dulu kami adik beradik akan pasang pukat bawah pokok untuk elak buahnya pecah kalau jatuh atas tanah. Kumpul banyak-banyak, basuh dan jual kat kampung cina (Jalan Chee Wen), selalu anjing cina kejar aku ngan Amran bila pegi jual 10 biji 20 sen. Pesaing kami waktu kecik tu adalah Mak Eton sebab dia pun kutip jugak. Yang syoknya time angin kuat, beratus biji buah tu jatuh serentak. Time musim daun luruh pulak sampai tak larat nak sapu. Sekarang pokok ni dah sedikit tua dan buah pun tak sebanyak dulu. Lagipun budak-budak sekarang tak pandang buah mangga ni. Time aku dulu siap peram bawah galang rumah (rumah ada tangga) dan 3 hari baru makan, manis giler. Masa dalam tempoh ayah sakit dia ada buat simen untuk duduk di atas bonggolan akar mangga ni, cantik sangat ayah buat dan kekal sampai hari ni untuk buat tempat melepak dan masak-masak. Ada satu masa tu dalam 3 tahun lepas ada orang nak tebang untuk ambil kayunya, aku tak bagi. Mana boleh, pokok mangga ni penuh nostalgia dan merupakan ikon dan landmark serta peneduh rumah ayah. Kalau nak bagi petunjuk jalan, bagitau jer rumah Cikgu Non dekat pokok mangga besar, pasti semua orang tau. Main "polis sentri" time bulan puasa, pokok mangga inilah tempat menyorok yang utama.
"Membesarnya kami dibawah rendangmu, dewasanya kami dibawah redupmu"

Gambar Konvokesyen Angah







"education is not preparation for life; education is life itself"

Gambar-gambar sekitar majlis konvokesyen Angah pada 16 November 2008 di Hotel Allison Klana, Nilai, Negeri Sembilan. Kecik-kecik dah merasa buat majlis kat hotel. Time aku dulu, hari terakhir tu hanya salam-salam dengan cikgu Amah jer, sijil pun takda rasanya. Zaman dah berubah dengan pantas, sekarang ni siap dengan komputer la, abacus, kaedah cepat membaca, mecam-macam lagi la. Aku dulu darjah 3 baru boleh membaca. Dah pandai baca, hari-hari pinjam buku cerita perang kat library macam "Jepun menawan Kelantan", "Jepun menawan Perak".....hari-hari baca cerita perang sebab time aku kecik dulu ada cerita "Combat" yang hero dia Vic Moro ke kalau tak silap. Cita-cita aku dan kawan-kawan semuanya nak jadi askar bila besar. Time tu kerja askar glamer giler, habis anak dara cantik-cantik kampung aku kawin ngan askar macam Kak Liah, Makndak Aziah dan lain-lain.

Sekitar Hari Sukan Cami + Angah






"Childhood is the most beautiful of all life's seasons"

Gambar-gambar sekitar hari sukan Taska Syahmi dan Tadika Angah tahun 2008. Angah asyik merungut sebab kawannya si Rashidah dapat hadiah lebih dari dia. Tak sangka yang si Syahmi boleh masuk acara-acara dan buat ikut arahan.

Teringat masa aku kecik-kecik dulu, mana ada macam nie semua. Masa tu Cikgu Amah (arwah) Cikgu Tadika kat Dewan Bt.17. Balik sekolah atau cuti sekolah, kerja aku melastik burung, mandi parit belakang rumah ayah, tangkap ikan sepilai (ikan laga) kat tanah Pak Kasim dan Njang Melah, cari kelapa tanah Mail Kucing (dah jual pada cina) dan Ah Guan (curi kelapa dia kemudian jual kat dia balik....hehehhehe). Kerja aku cari duit dengan jual kelapa dan jual kura-kura kat cina bongkok sebab nak beli mainan kat Hadi (adik). Mengapa Hadi?....nanti kuceritakan

Wednesday, April 15, 2009

Aktiviti kegemaran anak-anak......







Memancing di kolam ikan sewaktu pertandingan memancing Bank Rakyat 2008. Sewaktu pertandingan Tahun 2007, aku dapat nombor 8, ikan siakap seberat 1.56 kg. Time tu kolam memancing dekat Rawang hadiahnya RM100.00. Malam tu jugak kami pergi makan dekat Tanjung Harapan, Klang, habis RM98.00, maklumlah duit terpijak. Tahun 2008 nie usahkan mak ikan, anak dia pun tak meragut. Juga gambar-gambar balik kampung Sekinchan (rumah Tok Mertua Parit 8)sempena kenduri Kahwin Ustaz Mie (anak Maknjang Milah)

Anak-anakku....

Kata Lukman Al-Hakim...
Wahai anakku,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam.Ramai manusia yang karam di dalamnya.Jika kau mahu selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama takwa, isinya iman, dan layarnya; tawakal kepada Allah

Di PPUM ketika melawat Toksu sakit - dah meninggal pun dia

Amin Saifullah - 10 tahun



Tiga orang Panglima Berantai

Ammar Safwan - 7 tahun

Afiq Syahmi - 4 tahun




"Every father should remember that one day his son will follow his example instead of his advice"

"Don't criticize what you don't understand son.


Anak-anak anugerah ilahi, semuanya lelaki. Walau riuh rendah siang malam namun kami bahagia dengan ketiga-tiganya. Melihat mereka membesar, membawa banyak memori-memori indah. Sabarlah isteriku.....