"Sometimes the poorest man leaves his children the richest inheritance"
Rumah ini menyimpan terlalu banyak kenangan. Tempat kelahiran ayah tersayang dan kami semua anak-anaknya. Tempat ayah dan mak membesarkan kami dengan segala kepayahan hidup demi sebuah kasih sayang yang tiada noktahnya. Rumah ini juga tempat ayah kembali kesisiNya tanggal 24 November 2005 ketika berusia 64 tahun (lahir pada 6 March 1941). Saat luluhnya hatiku ini. Di rumah ini ayah menghabiskan 17 tahun hidupnya selepas diserang lumpuh pada 6 September 1988 tanpa mahu berdoa minta disembuhkan dan tanpa mahu didoa dan dikasihankan. Terasa sangat sebak ketika jentolak menimbus kolam ayah, replika raksaksanya dan juga bangku rehatnya di bawah pokok mangga yang semuanya dibina ketika dalam tempoh 17 tahun itu. Tiada lagi semua itu secara fizikalnya, tetapi gambar-gambar ini menceritakan kehidupan ayahku.....manusia tabah yang menjadi sumber inspirasi, manusia yang tidak pernah mengeluh terhadap pemberianNya. Moga sejahtera disisiNya. Amin.
No comments:
Post a Comment