Wednesday, April 29, 2009

Seminar Penyelidikan Sektor Awam


27 hingga 28 April 2009 aku ke INTAN, Bukit Kiara sebab kena hadir Seminar Penyelidikan Sektor Awam untuk semua yang dapat tawaran HLP 2008/2009. Penuh Auditorium INTAN, ada lebih kurang 360 semua sekali. Jumpa ramai kawan-kawan lama seperti Rubah Putih, Shahnaz serta kawan-kawan semasa BTN Ulu Sepri tempohari. Hari kedua kononnya nak guna jalan baru (ikut NKVE dan terus ke Jalan Duta) sebab nak elak traffic jem jalan biasa, malangnya aku sesat sampai ke Kota Damansara. Time rehat masuk Library INTAN. Tengok-tengok tesis PhD jumpa la tesis Dr. Isa (bekas boss kat MKD). Mak oiiii....hebatnya dia, tabik spring 7 kali.
Sesekali round KL dengan anak-anak waktu malam untuk melihat KLCC rasa bangga jugak sebab tak banyak negara dalam dunia yang ada ikon sebegini. Menara Bangsa....

1 comment:

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Aku pernah naik tingkat 72/73 Menara Petronas. Cukup indah sejauh mata memandang. Kita patut berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana melihat jauh ke hadapan mendahului bangsanya. Kita patut merasa bangga kerana pada masa itu kita mempunyai pemimpin yang berwawasan yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain dan mungkin juga lebih tinggi dari kebanyakan bangsa lain di dunia. Tapi kini perasaan itu makin terhakis dan pudar. Semoga Allah memberi sorang lagi pemimpin dunia untuk kita. Insya Allah.